Saturday, November 21, 2009

2010 outlook: Flat is the new up

You are also welcome to visit my other blogs http://darahkedayan.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/



After the doom and gloom of 2008 and heady gains of 2009, experts think next year might be a calm, boring one for stocks. There's nothing wrong with that.

By Paul R. La Monica, CNNMoney.com editor at large
November 20, 2009: 12:48 PM ET



NEW YORK (CNNMoney.com) -- If 2008 was the year the stock market almost died and 2009 was the year that the market miraculously sprung back to life, then what will 2010 be?

It could wind up being a boring, relatively stable year. And you know what? There's nothing wrong with that.

Some market experts think that after last year's despair and this year's glee, everyone may take a deep breath and realize that the economy is neither sinking to an abyss nor on the road to a robust recovery.

"I think the market could fall a bit or stay flat during the first half of the year since the economic outlook is still relatively weak. But I'm looking for a strengthening economy sometime in the middle of next year since interest rates should stay low," said Doug Ober, chairman and CEO of Adams Express (ADX) and Petroleum & Resources (PEO), two closed-end funds that invest mainly in U.S. stocks.

Ober said that he's hoping to take advantage of any pullback in the markets over the next few months, particularly in the technology and consumer sectors.

He said that Microsoft (MSFT, Fortune 500) and Intel (INTC, Fortune 500), for example, should benefit from the launch of Microsoft's Windows 7 operating system.

As for consumers, Ober said that because he is not expecting a substantial economic rebound, he's steering clear of retailers and investing more in staples like Coca-Cola (KO, Fortune 500), PepsiCo (PEP, Fortune 500), Procter & Gamble (PG, Fortune 500) and Unilever (UL).
John Norris, managing director of wealth management with Oakworth Capital Bank in Birmingham, Ala., agreed that investors shouldn't get too optimistic about next year.

"The economy might experience tepid growth of about 2% next year. With 2% growth, people won't be as quick to put money in the market. We've priced in a good recovery and it might not live up to its billing," Norris said.

But that doesn't mean the market or economy are going to fall apart, Norris added. It just looks like a lot of the easy money has already been made in this rally now that the S&P 500 is up nearly 65% since March.

"This year, you just had to be in the market to do well. Next year will be more difficult. At the end of the year if the S&P 500 is up about 8%, that's probably about the best we can hope for," Norris said.

Norris also said that investors have to be more discriminating in 2010 - especially when considering some of this year's hottest sectors and stocks.

The financial services sector, for example, has surged this year. Nearly all banks have bounced sharply from their depressed lows - regardless of how strong their balance sheets really are. As a result, many bank stocks are significantly more pricey than they were only a few months ago.

So a strong focus on identifying winners and losers in an individual sector, and not betting the ranch on an entire group of stocks, may be one of the keys to successful investing in 2010.

Valuations matter once again as well. The S&P 500 now trades at about 14 times 2010 earnings estimates, according to Thomson Reuters.

That's not absurdly expensive by any means. But back in early April, just as the market was beginning to rally, the S&P 500 was trading at only 11 times next year's earnings estimates.

"Everything was cheap in early 2009. Now you have to be a lot more selective," said Blake Howells, director of equity research for Becker Capital Management, an investment firm in Portland, Ore., with about $2 billion in assets. "That's true for the market as a whole."

The Buzz is going on a break: This is the last column for awhile since I will be out on leave for several weeks. But I just wanted to take this opportunity to thank all the readers who have e-mailed me and contributed to the Talkbacks throughout this year.

I appreciate all the feedback and look forward to incorporating more of your comments into the Buzz columns and videos in 2010. Happy Thanksgiving to all and I hope that everyone has a joyous holiday season.

Source : Please click here.

Thursday, November 19, 2009

Rakyat wajar bersyukur miliki k'jaan utamakan kesihatan: Sapawi

You are also welcome to visit my other blogs http://darahkedayan.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/





SERAH … Sapawi diperhatikan oleh Dr. Yassin menyerahkan tandas curah kepada wakil penduduk Matrin Payang Ketua Kampung Mentulud.





19th November, 2009

BEAUFORT: Rakyat negara ini wajar bersyukur kerana memiliki kerajaan yang turut memberi keutamaan kepada kesihatan.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, kerajaan tidak hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal semata-mata tetapi turut memberi keutamaan kepada kesihatan.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan sesungguhnya tidak berlaku di negara lain,” katanya pada majlis penyerahan tandas curah di Kampung Mentulud dekat sini, kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Kesihatan Beaufort, Dr. Yassin Kamaruljamal, Pegawai Perhubungan Parlimen kawasan Lumadan Sipitang, Amat Talip dan Pengerusi JKKK Kampung Mentulud, Sani Moksin.

Sapawi berkata, kerajaan tidak mengabaikan soal kesihatan dalam melaksanakan pembangunan dan juga kemajuan.

Ini kerana, katanya, jika pembangunan kesihatan tidak diberi keutamaan segala perancangan atau usaha pembangunan serta kemajuan yang dilaksanakan tidak akan memberi makna.

Seramai 75 isi rumah memperolehi tandas curah yang disumbangkan oleh Kementerian Kesihatan. Sebelum ini kampung tersebut telah dilanda wabak kolera.

Sapawi seterusnya berharap dengan adanya tandas curah itu, penduduk di kampung tersebut akan dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik.

“Kemudahan yang diberikan diharap dapat dipergunakan dengan kita memberi perhatian terhadap kesihatan diri, keluarga dan seluruh penduduk kampung,” katanya lagi.

Beliau berkata penduduk yang bebas daripada penyakit sudah tentu dapat merangka perancangan ke arah hidup yang lebih baik dan bermanfaat.


Sumber : Sila klik disini.

Tuesday, November 10, 2009

KOMUNITI KEDAYAN MALAYSIA DI FACEBOOK

You are also welcome to visit my other blogs http://darahkedayan.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/









'Snap shot' muka hadapan Komuniti Kedayan Malaysia








Generasi muda Kedayan yang terdiri dari Sabran Mamit (creator), Julie Zuliana
(Perhubungan Lahad Datu), Salim Mamit (Perhubungan Subang, Selangor), Rosdi Kamis
(Perhubungan Kota Kinabalu), Siti Shaefaridah Bte Suhaili (Perhubungan Kuala Lumpur)
Aslina Juti (Perhubungan Terengganu), Maimon Semion (Perhubungan Seremban)telah merintis sistem interaksi social melalui Facebook yang bertajuk KOMUNITI KEDAYAN MALAYSIA (KKM). Tahniah saya ucapkan kepada mereka kerana berjaya mengwujudkan KKM dan saya dapati amat popular dikalangan komuniti Kedayan di seluruh Malaysia dan Brunei Darussalam.





Sabran Mamit (creator)











Julie Zuliana (Perhubungan Lahad Datu)
















Salim Mamit ( Perhubungan Subang, Selangor)











Rosdi Kamis (Perhubungan Kota Kinabalu)










Siti Shaefaridah Bte Suhaili (Perhubungan Kuala Lumpur)















Aslina Juti (Perhubungan Terengganu)












Maimon Semion (Perhubungan Seremban)






Kepada anak Kedayan, keturunan Kedayan dan sesiapa saja yang berminat untuk menyertai komuniti ini sila daftarkan diri sekarang. Bahasa utama yang digunakan ialah Bahasa Kedayan. Hidup Kedayan!

Untuk akses anda perlu ada akaun Facebook dan taip Kedayan didalam ruang "search" atau klik disini.

Monday, November 9, 2009

Agama bukan hak eksklusif ulama

You are also welcome to visit my other blogs http://darahkedayan.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/

Agama bukan hak eksklusif ulama — Dr Asri Zainul Abidin

NOV 8 — Temuramah Berita Harian (BH) dengan Dr Mohd Asri Zainul Abidin












Dr. Mohd Asri Zainul Abidin













BH: Sehari sebelum ditahan Jais, Dr mengeluarkan kenyataan mengenai memorandum PGSM membantah pelantikan Dr sebagai Yang Dipertua Yadim. Dr didakwa ada agenda tersendiri kerana turut mendakwa Perdana Menteri yang mahu membuat pelantikan itu.

Dr Asri: Kalau ada agenda, ertinya saya juga mengerah berpuluh-puluh polis dan pegawai Jais menangkap saya. Dakwaan itu cuma teori kerana di luar kemampuan saya berbuat demikian. Siapa saya untuk membuat agenda membabitkan pihak keselamatan dan seumpamanya, tetapi saya melihat dari sudut lain, ada hikmah untuk saya dan untuk Malaysia; mengenai kebebasan bersuara, hak untuk bercakap.


BH: Dr ditahan kerana disyaki mengajar agama tanpa tauliah. Perlukah Jais mengeluarkan tauliah, terutama kepada pengajar berkelayakan mengajar agama?

Dr Asri: Tidak perlu kerana pertama, ia sedikit sebanyak menjejaskan hak bersuara, itu asasnya. Kedua, dari segi Islam, Nabi Muhammad mengajar “sampaikan daripada aku walaupun satu ayat.” Ertinya rakyat Selangor tidak boleh mempraktikkan hadis ini kecuali ada tauliah. Kalau dengar kuliah agama, hendak cerita kepada kawan di rumah apa yang diajar ustaz tak boleh kerana kena dapatkan tauliah dulu.

BH: Apakah maksud pengajaran agama?

Dr Asri: Perkataan agama amat umum. Sekarang pengajaran agama ialah kalau kita lihat pensyarah universiti mengajar agama di Selangor dan negeri lain. Cikgu nasihatkan anak murid dalam kelas supaya jaga solat, itu pun pengajaran agama... kena tauliah? Jemaah tabligh yang pergi dari masjid ke masjid, ada minta tauliah? Kadangkala orang jual ubat di tepi jalan pesan baca Bismillah sebelum makan ubat, ada unsur ajaran agama. Apa dimaksudkan dengan pengajaran agama? Itu yang Jais kena takrifkan.

BH: Mengapa pula (perlu tauliah) seseorang yang ada ijazah pertama, sarjana bahkan PhD (doktor falsafah) dalam pengajian Islam sepatutnya sudah layak. Sebahagian besar yang ada PhD ialah pensyarah universiti, mengajar orang yang akan keluar dapat sijil (ijazah), bahkan untuk PhD dan sarjana, tiba-tiba kena dapatkan tauliah, bukan saja untuk mengajar di masjid dan surau tetapi di seluruh Selangor.

BH: Tanpa merujuk kepada Dr, ada pihak membidas sikap ahli agama yang menganggap kebal dan tidak perlu tauliah. Mereka menyifatkan itu takbur?

Dr Asri: Saya tidak kata kerana orang sudah kenal saya, saya tidak perlu tauliah. Saya kata saya dikenali, boleh tengok laman web. Itu maksudnya orang sudah tahu saya, jadi tak payahlah takut ada ajaran lain. Saya bukan manusia yang baru muncul untuk kita selidik, itu maksud saya. Saya kata tak perlu (tauliah untuk orang berkelayakan) kerana saya tak bersetuju dengan dasar ini daripada asasnya lagi. Kalau seseorang tiada latar
belakang agama, mungkin patut (tauliah). Saya katakan ini untuk semua. Pensyarah universiti ada PhD tak payah disuruh ambil tauliah, cukuplah pengiktirafan universiti yang lebih besar. Yang langsung tiada latar belakang agama, boleh disuruh ambil tauliah.

BH: Dr mendakwa ada tangan ghaib di sebalik kes ditahan Jais. Apa maksudnya dan adakah ia juga berkaitan dengan Yadim. Dr juga dapat publisiti percuma?

Dr Asri: Ini (kes tangkapan) bukan perkara kecil kerana cara mereka jalankan operasi membabitkan berpuluh-puluh polis dan pegawai Jais, mungkin mereka nak gari saya kalau tidak dengan perundingan. Saya tidak tahu (puncanya). Sudahlah ditangkap begitu, pergi ke balai polis, siasatan tak buat, esoknya seluruh negara tunggu, tiba-tiba kata belum ada siasatan dan tuduhan. Bayangkan kalau belum ada siasatan dan tuduhan, takkan ada operasi sebesar itu.
Mengenai publisiti percuma, saya tak promosi diri, tak berani cakap lebih, tetapi al-Quran ingatkan kita, kadang-kadang orang rancang tak elok tetapi Allah rancang lain dan Allah sebaik-baik perancang. Kadang-kadang ada orang rancang nak aniaya orang, tetapi berlaku sebaliknya. Saya harap Allah tolong saya.

BH: Adakah Dr rasa ini usaha untuk menyekat fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan Dr?

Dr Asri: Saya rasa mungkin mereka cuba kaitkan saya dengan Wahabi. Cuma saya nak
tanya apa itu Wahabi? Saya kata berulang kali dalam pelbagai media, saya bukan manusia ghaib. Penulisan saya dalam akhbar secara mingguan, ada blog, ceramah dalam televisyen dan ada siaran tetap, saya ada laman web YouTube dalam internet. Boleh ambil dan senaraikan (penulisan dan ceramah) yang dianggap menyanggah prinsip ajaran Islam, jangan buat tuduhan.
Wahabi bukan saja dituduh kepada saya, tetapi juga tokoh pembaharuan sebelum ini. Za’aba pernah dituduh, Prof Hamka juga dituduh dan dalam buku Ayahku, Hamka menceritakan hal ini. Dalam Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor, Hamka ceritakan tuduhan seperti ini dan menjawab kes suka menuduh orang Wahabi kerana berbeza beberapa amalan.

BH: Berbicara mengenai Wahabi, Dr didakwa menggalakkan jangan baca qunut serta talkin?

Dr Asri: Jika tak mahu baca qunut ketika solat Subuh, adakah dia sesat? Bagaimana orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Nabi. Bagaimana kawan India Muslim kita yang sembahyang di Masjid India, juga tak baca qunut. Melainkan jika (imam) baca qunut, ada orang lain yang mengikut suruh berhenti, menyebut Subhanallah di belakang, tetapi itu tidak ada, itu (baca qunut) satu hak. Jika nak dijadikan perkara besar, lebih baik besarkan isu mereka yang langsung tak sembahyang Subuh.
Jika saya tengok imam baca qunut, saya akan qunut bersama imam. Jika saya bersolat dalam majoriti makmumnya berqunut, saya berqunut. Saya akui ketika di Perlis tidak ada qunut dalam solat Subuh. Apa yang saya buat menunjukkan keluasan sikap. Adakah Jais nak halang rakyat Selangor sembahyang di Masjidil Haram dan Masjid Nabi?

Talkin pun satu hal. Apa masalah talkin? Macam mana orang yang mati di Madinah dan Makkah yang tak ditalkin. Adakah pernah (di negara kita) orang bertalkin, orang lain pergi ketuk kepala dia, pergi tarik dia, tak ada. Ini satu penyakit kronik sesetengah golongan agama yang pantang ada orang berikan pendapat berbeza, kerakusan membolot bidang kuasa. “Saya ustaz, saya tidak boleh dicabar, jangan tanya masalah dalil saya, penghujahan saya, cukuplah tahu saya ustaz, siapa yang banyak bertanya lemahlah imannya”. Begitulah sikapnya, itu tidak betul.

BH: Apakah yang dikatakan itu jadi ikutan kerana ‘fatwa’ dikeluarkan seorang mufti?

Dr Asri: Jika saya tak cakap pun, generasi moden sekarang dengan beberapa klik saja mereka boleh masuk internet, boleh baca beribu fatwa, siapa nak halang? Adakah Jais, jabatan agama atau mufti mahu kerajaan buat tapisan internet supaya jangan dibaca melainkan kandungan yang mendapat restu mereka. Dalam dunia teknologi maklumat ini orang boleh menilai, boleh baca, biarlah. Ada orang tidak pandai dalam bidang guaman tetapi kerana banyak membaca di internet, dia pandai. Macam mana kita tiba-tiba nak kata, “awak bukan mufti, bukan ustaz... awak tidak akan faham agama, kami saja faham”. Agama tidak eksklusif seperti itu.

Di manakah tempat saya larang orang baca qunut di Selangor? Pada pandangan saya, pendapat lebih kuat ialah Subuh tidak (perlu) qunut, tetapi jika anda ikut imam yang baca qunut, hendaklah qunut. Jika imam tidak qunut, jangan qunut kerana hormati imam. Sebab itu orang kita pergi Makkah kena hormat imam (tidak baca qunut). Ini yang saya kata penyakit kronik, membolot “apa saja yang kami buat tak boleh langsung dipertikaikan”.

Apabila mereka (penguat kuasa agama) tahan orang kerana dituduh khalwat padahal suami isteri dan dibawa ke balai polis, bahkan dikurung dalam lokap kerana tak bawa surat nikah, esoknya dibawa surat nikah dan ditunjukkan, mereka dibebaskan begitu saja. Tidak pula minta maaf, sebabnya “saya ustaz, saya tak boleh minta maaf, awak kena hormat saya.”

BH: Mengenai PGSM mendakwa Dr memperbesarkan cerita memorandum itu kerana apa yang berlaku cuma kesilapan teknikal?

Dr Asri: Apakah kesilapan teknikal jika letak dalam laman web tuduh saya cerca Imam Nawawi, cerca sembahyang hajat menyebabkan kegelisahan seluruh negara. Saya tak tahu sejauh mana saya sebabkan kegelisahan itu kerana apabila ke seluruh negara, Alhamdulillah! Kalau tidak ribuan, ratusan rakyat sambut saya. Jadi, saya tidak tahu kegelisahan apa? Ini semua tuduhan besar dan bukan petisyen yang disimpan di bawah bantal, ia dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong. Kemudian (PGSM) kata ini benda kecil, inikah mentality peguam syarie? Saya tahu bukan semua peguam syarie begitu, ramai juga telefon saya menyatakan bantahan terhadap tindakan kurang bertamadun itu.

BH: Dalam hal membabitkan Dr, adakah kerana pertembungan ulama tradisional dan muda?

Dr Asri: Saya menyatakan supaya golongan muda menghormati ulama, tetapi pada masa sama jangan gugurkan hak anda untuk bertanya, minta penjelasan, ulasan dan penghujahan. Ulama juga perlu ada perasaan kasih sayang kepada orang awam, jangan jadikan agama hak mutlak sehingga mereka tidak boleh dipersoal dan ditanya alasan atas apa yang mereka kata dan buat. Agama berdasarkan al-Quran dan sunnah, bukan berdasarkan apa orang kata.

Kalau ulama Pas kata lain, ulama Umno kata lain, ulama PKR kata lain, kita nak pakai yang mana, ulama Perlis kata lain, Perak kata lain.

Walaupun kadang-kadang mereka kata semua sama tetapi banyak benda juga mereka berbeza pandangan. Bukan semua tradisionalis setuju dengan fatwa Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) mengenai kes wanita melacur umpamanya.

BH: Apakah pertembungan ulama muda yang lebih terbuka pemikirannya dengan ulama tradisional boleh memecah-belahkan umat Islam?

Dr Asri: Kena takrifkan apa maksud memecah-belah? Pernahkah orang muda pergi tumbuk ulama, adakah ulama muda kacau orang baca kitab? Tidak ada. Pertembungan dalam politik lebih serius dan ramai ulama tradisional ada dalam politik. Saya tidak nampak ada pertembungan. Ia istilah yang selalu dikeluarkan apabila ada orang berbeza pandangan dengan mereka kerana menganggap mereka di pihak atas. Begitu juga dengan tindakan sebahagian pemimpin kerajaan apabila rakyat berbeza pendapat, dikatakan rakyat menderhaka, sedangkan pandangan mereka sebenarnya minoriti, pandangan rakyat adalah majoriti.

Dalam kes saya, saya rasa mereka tidak boleh berkata pandangan pembaharuan ini mewakili minoriti kerana ia kelihatan kalau tidak majoriti pun, suaranya agak sama kuat. Majoriti senyap belum tentu menyokong ulama tradisional, mereka juga mahu perubahan dan mungkin mereka tak bercakap sebelum ini. Saya rasa ramai wanita sokong apabila saya kata tak boleh tangguhkan kes cerai di mahkamah sehingga bertahun-tahun, ia menzalimi mereka. Kakitangan pejabat agama kena hormat apabila pergi sana (mahkamah), tak boleh berkasar walaupun (wanita dalam kes cerai) tak pakai tudung, hormati dia, hormati hak dia menuntut keadilan, jangan lihat pemakaiannya. — Berita Harian

Sumber: Sila klik disini.

Saturday, November 7, 2009

Bahaya Wahabi

You are also welcome to visit my other blogs http://darahkedayan.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/





Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin
rencana@hmetro.com.my







GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.



Pix : Courtesy of MyMetro.









GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.

Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.

"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.

"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.

"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.

"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.

Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.

Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.

"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal.

"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.

Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.

"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."

Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.

INFO

Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

Amalan tariqah dilarang sama sekali

Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

Sumber : Sila klik disini.

Other entries on related topic : Please click here.

Friday, November 6, 2009

Sapawi: Penduduk main peranan penting wujud perkampungan harmoni

You are also welcome to visit my other blogs http://darahkedayan.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/


6th November, 2009






SAPAWI dan Kamarlin menyampaikan sijil kepada wakil peserta.






BEAUFORT: Penduduk memainkan peranan penting dalam mewujudkan perkampungan yang aman dan harmoni.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata sikap bekerjasama, saling tolong-menolong dan sikap ambil berat antara satu sama lain perlu disemai di sanubari masing-masing.

“Buang sikap suka memfitnah, saling bertelagah dan enggan untuk bekerjasama kerana ini tidak membantu kita mewujudkan perkampungan yang aman dan harmoni,” katanya pada seminar desa toyyibah peringkat Beaufort di Kampung Lawa dekat sini kelmarin.

Program yang dihadiri lebih 100 peserta itu turut dihadiri wakil rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Iman Masjid Beaufort Mat Jalin Saramali, Pegawai Perhubungan Parliman Sipitang Kawasan Lumadan Matbali Musah, Pengerusi Masjid Kampung Lawa, Beaufort Jamaludin Musleh dan Ketua PBS Beaufort Roslan Muharam

Sapawi berkata perkampungan yang aman dan harmoni akan juga dilihat sebagai perkampungan yang cemerlang.

Katanya, dalam menjadikan suasana perkampungan seumpama itu, setiap penduduk perlu memainkan peranan dan mengetepikan sikap pentingkan diri.

“Dengan kestabilan politik, usaha mewujudkan perkampungan yang aman dan harmoni bukanlah sesuatu yang sukar … persefahaman, kerjasama dan saling mengambil berat antara satu sama lain akan membantu usaha itu,” katanya dan menambah seminar seumpama itu mampu memberikan pengetahuan kepada peserta bagi menyedari pentingnya perkampungan yang aman dan harmoni.

Beliau berkata keharmonian dan keamanan tidak akan mampu dinikmati sekiranya penduduk lebih mementingkan diri sendiri, enggan menjalin persefahaman dan juga kerjasama.

Sikap seumpama ini, katanya tidak harus diamalkan sehingga ia menjadi budaya dan diwarisi oleh generasi masa depan.

Sapawi juga menegaskan tentang pentingnya pendidikan di kalangan generasi muda di perkampungan.

Menurutnya kecemerlangan sesebuah kampung bukan sahaja mampu dipertahankan tetapi berupaya dipertingkatkan jika memiliki generasi yang berilmu.

Sumber : Sila klik disini.

Thursday, November 5, 2009

A family of maid abusers

A family of maid abusers


Combo picture of the abused maid Badingah (left) and Maselly who was jailed three years

CRUELTY doesn’t seem to have bounds and this time, the culprits are a family of them.

On Wednesday, the last of them – 39-year-old grandmother Maselly Abdul Aziz – paid the price for going to the extreme.

She was jailed three years for pouring boiling water on maid Badingah’s genitals and joining in to extract the Indonesian woman’s two front teeth with pliers.

Her two older children and a woman described in court as Maselly’s lesbian lover were jailed last year for their part in abusing the maid, the Singapore Straits Times reported.






Nur Rizan, 18 and Muhammad Iz'aan, 20 were jailed for six weeks



Maselly, a divorcee, will start her jail sentence on Dec 28 as her elder daughter Nur Rizan Mohd Sazali, 19, would be released on home detention by then to look after her (Nur Rizan’s) two-year-old son.

After the three-week trial, Singapore District Judge Jeffrey Sim was also convinced that Maselly had hit Badingah with a metal rod and threatened to kill her.

She pleaded guilty to employing another foreign maid without a work permit between March and December 2005 and was fined S$7,500.

Nur Rizan had acted as the “dentist” in extracting the maid’s teeth. Elsa Elyana Said, 25, a container driver and said to be Maselly’s lesbian lover, held the maid’s head still and forced her mouth open.

Nur Rizan was jailed 26 months – 12 months for forcibly extracting the two teeth and another 14 months for pouring boiling wax on the maid.

Elsa was jailed 17 months while Nur Rizan’s brother Muhammad Iz’aan, 21, a waiter, was jailed six weeks for caning Bandigah.





Badingah, who now wears dentures, showing where he teeth were pulled out

In the teeth extraction incident, Bandigah had been accused of theft and kept protesting her innocence. But she was not believed – and went on to lose her teeth.

Bandigah, in one of the punishments meted out for an unnamed infraction, had been ordered to stand facing the door through the whole night with one leg off the ground and holding her ears.

Muhammad Iz’aan caned her when she put down that leg.

In July 2007, Badingah escaped by jumping from a window of the second-storey flat near Havelock Road to seek help.

She was found with numerous injuries including bruises, cuts, an infected scalp and scalding on her genitals, thigh, arms, and back.

* Pictures courtesy of Singapore Straits Times
Montage by Amira Hakmal Hakim

Published Nov 4 2009

Source : Please click here.