Showing posts with label Space Exploration. Show all posts
Showing posts with label Space Exploration. Show all posts

Monday, October 22, 2007

Angkasawan Negara Selamat Kembali Ke Bumi


Malaysia's first space traveler Sheikh Muszaphar Shukor gestures arriving in the town of Kustanai in north-central Kazakhstan, Sunday, Oct. 21 2007, shortly after landing on board of a Soyuz spacecraft with two Russian cosmonauts. Malaysia's first space traveler and two Russian cosmonauts endured high gravitational overloads Sunday when a technical glitch sent their Soyuz spacecraft on a steeper-than-normal ride back to Earth, but they landed safely and were feeling fine, officials said. - 22 October, 2007 - Reuters

Soyuz TMA-10 keluar dari ISS kira-kira pukul 3.14 petang waktu Malaysia untuk pulang ke bumi. Kapsul Soyuz-10 yang membawa angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar bersama Komander, Fyodor Yurchikhin dan Juruterbang Penerbangan, Oleg Kotov mendarat di Arkylk, Kazakhstan, kira-kira 1,500km dari sini pada kira-kira pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia), selepas 3 jam 23 minit perjalanan dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Utusan Malaysia melaporkan “Kepulangan Muszaphar disambut dengan penuh rasa lega dan tepukan gemuruh petugas serta orang ramai yang berada di Pusat Kawalan Misi di sini, yang antaranya termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, serta Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.”

Angkasawan Negara tersebut dijangka akan berada di Moscow selama dua minggu sebelum kembali ke tanah air.

Media cetak, media elektronik dan cyberspace bloggers telah banyak memperkatakan berkaitan dengan angkasawan negara dan industri aeroangkasa Malaysia. Saya sendiri banyak mengikuti laporan-laporan berkaitan perkara tersebut yang datangnya dari pemimpin-pemimpin negara, pakar-pakar aeroangkasa dan rakyat jelata. Kalau boleh saya himpunkan apa yang saya amati sejak berkumandangnya semangat rakyat Malaysia pertama pergi ke angkasa lepas beberapa bulan yang lepas seperti berikut: -
• Pemergian Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa lepas sebagai angkasawan negara pertama sudah tentu akan tertulis di dalam lipatan sejarah negara dan akan dikenang buat selama-lamanya;

• Para saintis tempatan akan mengambil peluang semaksima yang mungkin ke atas kajian yang di buat oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di stesen ISS dengan harapan ianya akan dapat dimenafaatkan oleh manusia sejagat;

• Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah mencipta sejarah negara sebagai sumber inspirasi kepada generasi muda dan pelapis di dalam abad ini. Keadaan ini kita telah perhatikan dimana pelajar-pelajar sekolah telah mendapat tempat yang paling istimewa dimana pelajar-pelajar terpilih telah berpeluang berkomunikasi secara langsung dengan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor semasa di ISS;

• Dalam tempoh 12 bulan sekembalinya ke tanah air, saya yakin Dr. Sheikh Muszaphar Shukor adalah manusia yang paling sibuk di negara ini didalam memenuhi jemputan-jemputan ceramah dan sebagainya. Dari seorang pakar bedah ortopedik kita lihat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah mengalami transformasi kepada seorang angkasawan dan tidak lama lagi sebagai penceramah dan pakar motivasi;

• Saya yakin pihak yang berwajib, telah mengujudkan rancangan-rancangan yang mantap berkaitan halatuju industri aeroangkasa negara agar “api ” yang sedang membara ini tidak akan padam ditelan masa;

• Dari perspektif rakyat jelata pula, kejayaan Malaysia melahirkan angkasawan negara pertama telah mencetuskan pelbagai idea yang saya sendiri pun amat kagum mendengarnya. Diantara cetusan idea rakyat jelata sepertimana yang terdapat di dalam temuramah-temuramah stesen TV tempatan adalah seperti berikut: -
o Itu kerajaan mesti hantar orang ke bulan dan planet marikh selepas ini;
o Malaysia perlu ada roket sendiri, supaya kita tidak bergantung kepada negara lain unruk pergi ke angkasa lepas;
o Kalau boleh itu kerajaan hantar orang pergi angkasa lepas tiap-tiap tahun;

• Aspirasi rakyat jelata terhadap industri aeroangkasa Malaysia adalah amat tinggi dan saya yakin pihak berwajib akan menghalusi rancangan-rancangan mereka supaya industri ini akan memberi menafaat yang terbaik terhadap pembangunan negara dengan mengambil kira “tangible and intangible benefits” yang bakal diperolehi. Perkara ini telah disebut oleh TPM, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam temuramah di Moscow kelmarin.

Apa yang kita pasti d dalam tempoh 12 bulan akan datang ini, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pastinya adalah orang yang paling sibuk, dan kesinambunagn rentetan sejarah ini akan diteruskan oleh angkasawan kedua Negara iaitu Kapten Dr. Faiz Khaleed yang akan menjalani misinya pada akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011.

Sekalung penghargaan dan tahniah buat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor!!!

Thursday, October 11, 2007

PELANCARAN ROKET SOYUZ MEMBAWA ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA


Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia Online

Quote "BAIKONUR, Kazakhstan 10 Okt. – Dengan iringan doa, perasaan bangga serta kesedaran bahawa tiada lagi perkara mustahil yang tidak dapat dilakukan oleh rakyat Malaysia, angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor meluncur ke angkasa dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 tepat pukul 7.21 malam waktu tempatan di sini malam ini.

Pelancaran roket Soyuz sepanjang 50 meter itu dilakukan dalam keadaan cuaca sejuk dan langit cerah tanpa awan.

Di Malaysia yang pada waktu itu pukul 9.21 malam, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama lebih 10 juta rakyat Malaysia terpaku di depan skrin televisyen menyaksikan detik-detik bersejarah itu.

Ketika imej Sheikh Muszaphar yang berada dalam Soyuz yang dipacu roket selaju 26,000 kilometer sejam terpapar di skrin televisyen, rakyat Malaysia bersorak kegembiraan kerana perjalanan angkasawan itu dianggap sebagai simbol kehebatan baru bangsa.

Kapal angkasa Rusia, Soyuz TMA-11 yang membawa Sheikh Muszaphar, 35, bersama dua krew lain dilancarkan dengan jaya dari tapak pelancar di Baikonur Cosmodrome dekat sini.

Roket itu menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang terletak 333 kilometer dari muka Bumi. Soyuz mengambil masa selama dua hari perjalanan mengelilingi orbit sebelum dijangka tiba di limbungan ISS.

Soyuz dijadualkan mendarat di ISS pada pukul 8 malam 12 Oktober ini di mana Sheikh Muszaphar akan berada di sana selama sembilan hari sebelum kembali ke Bumi.

Dua krew lain dalam Soyuz yang dilancarkan malam ini ialah Yuri Malenchenko, 45, dari Rusia yang merupakan veteran ISS dan Peggy Whitson, 47, dari Amerika Syarikat, iaitu wanita pertama yang bakal mengetuai operasi di ISS apabila mereka tiba di sana nanti.

Whitson pernah tinggal di ISS selama enam bulan.

Di ISS, Sheikh Muszaphar, seorang doktor bedah ortopedik yang berasal dari Negeri Sembilan, akan menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.

Beliau akan kembali ke Bumi pada 21 Oktober dengan dua angkasawan Rusia yang telah berada di stesen itu sejak enam bulan lalu iaitu komander Fyodor Yurchikin dan jurutera penerbangan Oleg Kotov.

Yurchikhin dan Kotov tiba di ISS pada 9 April lalu dengan Soyuz TMA-10 manakala seorang lagi angkawasan yang berada di situ, Clayton Anderson pula mendarat dengan kapal angkasa Atlantis milik Amerika Syarikat (AS) pada 10 Jun lalu.

Sheikh Muszaphar dijadualkan meninggalkan ISS bersama Yurchikhin dan Kotov pada 21 Oktober dengan kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang ketika ini berlabuh di ISS.

Whitson dan Malenchenko akan terus berada di ISS sebagai krew baru stesen angkasa itu bersama Anderson yang berada di situ sejak Jun lalu.

Program angkasawan Malaysia yang menyaksikan Sheikh Muszaphar dapat menerokai angkasa merupakan persetujuan timbal balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003.

Beliau dan Kapten Dr. Faiz Khaleed merupakan dua calon terakhir daripada 11,275 rakyat Malaysia yang memohon menjadi angkasawan pertama negara ketika tawaran dibuka pada 2003.

Malam ini semua stesen televisyen di Malaysia menayangkan pelancaran itu termasuk Astro, pengendali stesen televisyen satelit berbayar Malaysia, stesen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), TV3, CH9 dan TV8.

Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis telah berada di Baikonur di sini sejak kelmarin bagi menyaksikan pelancaran roket Soyuz.

Baikonur Cosmodrome merupakan tapak pelancaran yang digunakan oleh Rusia untuk menghantar Yuri Gagarin ke angkasa lepas pada 1961.

Di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyaksikan siaran langsung pelancaran Soyuz TMA-11 dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bercakap kepada pemberita, Abdullah berkata: “Dengan menerokai angkasa lepas, kita membuat pelaburan bagi anak-anak kita, masa depan kita, membina jambatan yang merapatkan bidang-bidang ini ke dalam imaginasi anak muda.

“Perjalanan hebat ini, yang kita semua secara tidak langsung bersama melakukannya dengan angkasawan kita, akan membolehkan anak-anak kita untuk memikirkan bahawa impian boleh menjadi realiti.” Unquote

Wednesday, October 10, 2007

ANGKASAWAN PERTAMA NEGARA

Tepat pada jam 7,21 malam ini (10 Oktober, 2007) waktu Baikonur, KAZAKHSTAN dan 9.21 malam waktu Malaysia, angkasawan pertama negara ini akan dilancarkan ke angkasa bersama-sama dengan dua orang angkasawan lain iaitu Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome. Angkasawan pertama negara yang amat bertuah itu ialah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 35 tahun seorang pakar Ortopedik di HUKM. Pelancaran angkasawan pertama negara pada malam ini merupakan “Giant Leap for all Malaysians” dan juga satu kebanggaan kepada negara dan rakyat Malaysia. Saya doakan kepada Dr. Sheikh Muszaphar Shukur semoga selamat pergi ke angkasa dan selamat kembali ke bumi serta berjaya di dalam misi yang telah ditugaskan kepada beliau. Semoga ini akan menjadi satu inspirasi kepada anak-anak muda khususnya generasi muda Kedayan untuk mencapai kemajuan yang sama.