Showing posts with label Inspirational. Show all posts
Showing posts with label Inspirational. Show all posts

Friday, October 19, 2007

Destinasi Gemilang, Sebuah Inspirasi

Projek Destinasi Gemilang, Sebuah Inspirasi ini akan mencekupi semua bidang pencapaian suku kaum kedayan di bidang-bidang seperti berikut: -

• Bidang Politik
• Sektor Awam
• Sektor Swasta
• Tokoh Agama
• Tokoh Akademik
• Penggiat seni & budaya
• Tokoh komuniti
• Aktivis Kemanusiaan
• Bidang-bidang lain

Saya amat mengalu-alukan maklumat-maklumat dari saudara dan saudari untuk menjayakan projek seperti di atas. Sila hantar maklumat-maklumat tersebut kepada e-mail saya askasah@gmail.com.

Atas sumbangan saudara dan saudari, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Wassalam.

Destinasi Gemilang, Sebuah Inspirasi

Saya sedang berusaha untuk mengumpulkan data-data pencapai kegemilangan dikalangan suku kaum Kedayan khasnya di Sabah dan Sarawak. Pada masa ini data-data yang saya ada adalah amat terhad, namun saya akan terus berusaha untuk mendapatkan data-data berkenaan walaupun dalam masa yang panjang.

Projek ini saya namakan “Destinasi Gemilang, Sebuah Inspirasi”. Sebagai permulaan saya paparkan potret-potret suku kaum Kedayan yang saya kenali secara peribadi dan seangkatan dengan saya.

Saya berharap mereka dapat memaafkan saya kerana memaparkan potret-potret mereka di laman web saya tanpa kebenaran mereka. Saya perolehi potret-potret mereka dari “public domain” yang tidak tertakluk kepada sekatan-sekatan “copy right”. Matlamat saya adalah untuk menjadikan mereka sebagai contoh, idola dan inspirasi kepada generasi pelapis Kedayan untuk mencapai kecemerlangan seperti mana yang mereka telah capai.

Saya juga merayu agar saudara dan saudari yang melawat laman web saya agar dapat memberikan maklumbalas dan memberikan nama-nama dan data-data suku kaum Kedayan yang lain yang dapat dimenafaatkan bersama di dalam Projek Destinasi Gemilang, Sebuah Inspirasi.

Sila e-mailkan maklumat-maklumat dan data-data yang disebutkan seperti di atas kepada e-mail saya askasah@gmail.com

Terima kasih.

Click to play
Slideshows and scrapbooks - Powered by Smilebox
Make your own slide shows and scrapbooks