Friday, October 19, 2007

Destinasi Gemilang, Sebuah Inspirasi

Saya sedang berusaha untuk mengumpulkan data-data pencapai kegemilangan dikalangan suku kaum Kedayan khasnya di Sabah dan Sarawak. Pada masa ini data-data yang saya ada adalah amat terhad, namun saya akan terus berusaha untuk mendapatkan data-data berkenaan walaupun dalam masa yang panjang.

Projek ini saya namakan “Destinasi Gemilang, Sebuah Inspirasi”. Sebagai permulaan saya paparkan potret-potret suku kaum Kedayan yang saya kenali secara peribadi dan seangkatan dengan saya.

Saya berharap mereka dapat memaafkan saya kerana memaparkan potret-potret mereka di laman web saya tanpa kebenaran mereka. Saya perolehi potret-potret mereka dari “public domain” yang tidak tertakluk kepada sekatan-sekatan “copy right”. Matlamat saya adalah untuk menjadikan mereka sebagai contoh, idola dan inspirasi kepada generasi pelapis Kedayan untuk mencapai kecemerlangan seperti mana yang mereka telah capai.

Saya juga merayu agar saudara dan saudari yang melawat laman web saya agar dapat memberikan maklumbalas dan memberikan nama-nama dan data-data suku kaum Kedayan yang lain yang dapat dimenafaatkan bersama di dalam Projek Destinasi Gemilang, Sebuah Inspirasi.

Sila e-mailkan maklumat-maklumat dan data-data yang disebutkan seperti di atas kepada e-mail saya askasah@gmail.com

Terima kasih.

Click to play
Slideshows and scrapbooks - Powered by Smilebox
Make your own slide shows and scrapbooks

No comments: