Friday, November 6, 2009

Sapawi: Penduduk main peranan penting wujud perkampungan harmoni

You are also welcome to visit my other blogs http://darahkedayan.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/


6th November, 2009






SAPAWI dan Kamarlin menyampaikan sijil kepada wakil peserta.






BEAUFORT: Penduduk memainkan peranan penting dalam mewujudkan perkampungan yang aman dan harmoni.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata sikap bekerjasama, saling tolong-menolong dan sikap ambil berat antara satu sama lain perlu disemai di sanubari masing-masing.

“Buang sikap suka memfitnah, saling bertelagah dan enggan untuk bekerjasama kerana ini tidak membantu kita mewujudkan perkampungan yang aman dan harmoni,” katanya pada seminar desa toyyibah peringkat Beaufort di Kampung Lawa dekat sini kelmarin.

Program yang dihadiri lebih 100 peserta itu turut dihadiri wakil rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Iman Masjid Beaufort Mat Jalin Saramali, Pegawai Perhubungan Parliman Sipitang Kawasan Lumadan Matbali Musah, Pengerusi Masjid Kampung Lawa, Beaufort Jamaludin Musleh dan Ketua PBS Beaufort Roslan Muharam

Sapawi berkata perkampungan yang aman dan harmoni akan juga dilihat sebagai perkampungan yang cemerlang.

Katanya, dalam menjadikan suasana perkampungan seumpama itu, setiap penduduk perlu memainkan peranan dan mengetepikan sikap pentingkan diri.

“Dengan kestabilan politik, usaha mewujudkan perkampungan yang aman dan harmoni bukanlah sesuatu yang sukar … persefahaman, kerjasama dan saling mengambil berat antara satu sama lain akan membantu usaha itu,” katanya dan menambah seminar seumpama itu mampu memberikan pengetahuan kepada peserta bagi menyedari pentingnya perkampungan yang aman dan harmoni.

Beliau berkata keharmonian dan keamanan tidak akan mampu dinikmati sekiranya penduduk lebih mementingkan diri sendiri, enggan menjalin persefahaman dan juga kerjasama.

Sikap seumpama ini, katanya tidak harus diamalkan sehingga ia menjadi budaya dan diwarisi oleh generasi masa depan.

Sapawi juga menegaskan tentang pentingnya pendidikan di kalangan generasi muda di perkampungan.

Menurutnya kecemerlangan sesebuah kampung bukan sahaja mampu dipertahankan tetapi berupaya dipertingkatkan jika memiliki generasi yang berilmu.

Sumber : Sila klik disini.

No comments: