Thursday, November 19, 2009

Rakyat wajar bersyukur miliki k'jaan utamakan kesihatan: Sapawi

You are also welcome to visit my other blogs http://darahkedayan.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/





SERAH … Sapawi diperhatikan oleh Dr. Yassin menyerahkan tandas curah kepada wakil penduduk Matrin Payang Ketua Kampung Mentulud.





19th November, 2009

BEAUFORT: Rakyat negara ini wajar bersyukur kerana memiliki kerajaan yang turut memberi keutamaan kepada kesihatan.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, kerajaan tidak hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal semata-mata tetapi turut memberi keutamaan kepada kesihatan.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan sesungguhnya tidak berlaku di negara lain,” katanya pada majlis penyerahan tandas curah di Kampung Mentulud dekat sini, kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Kesihatan Beaufort, Dr. Yassin Kamaruljamal, Pegawai Perhubungan Parlimen kawasan Lumadan Sipitang, Amat Talip dan Pengerusi JKKK Kampung Mentulud, Sani Moksin.

Sapawi berkata, kerajaan tidak mengabaikan soal kesihatan dalam melaksanakan pembangunan dan juga kemajuan.

Ini kerana, katanya, jika pembangunan kesihatan tidak diberi keutamaan segala perancangan atau usaha pembangunan serta kemajuan yang dilaksanakan tidak akan memberi makna.

Seramai 75 isi rumah memperolehi tandas curah yang disumbangkan oleh Kementerian Kesihatan. Sebelum ini kampung tersebut telah dilanda wabak kolera.

Sapawi seterusnya berharap dengan adanya tandas curah itu, penduduk di kampung tersebut akan dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik.

“Kemudahan yang diberikan diharap dapat dipergunakan dengan kita memberi perhatian terhadap kesihatan diri, keluarga dan seluruh penduduk kampung,” katanya lagi.

Beliau berkata penduduk yang bebas daripada penyakit sudah tentu dapat merangka perancangan ke arah hidup yang lebih baik dan bermanfaat.


Sumber : Sila klik disini.

5 comments:

Anonymous said...

Seingat ku mbaie Tangki,Jamban dan Balai Raya ani inda ku tahu lagi. Daie Zaman USNO lagi perkara ani sudah bermula. Nda dapatkah Datuk Sapawi mikie2 akan Kemajuan Ekonomi rakyat P.178 Sipitang tu d tingkatkan yg bukan mbaie Tangki aing nganya kan d hunaa....Seingat ku Zaman BERJAYA,PBS dan Mantan YB Datuk Dr Yusuf Yakub dahulunya pandai2 jamu Pemimpin dahulu bafikie maju akan Sipitang atu Contohnya Hj Ramli Dua nganya 4 tahun jadi ADUN d Sindumin (Dahulunya Sipitang)masa BERJAYA sebuah Kilang Kaatas yg d Taiknya ke Sipitang...Projek tu sebenarnya akan d bina d Kelabakan.( Lebih kurang 6000 ribu lebih peluang pekerjaan yg terujud oleh Kilang SFI tu, Siapa yg untung orang dan Daerah Sipitang lah jawabnya...)Pada masa Zaman PBS Pemimpin2nya muda2 belaka dapat jua abis sia majukan Daerah Sipitang,Pembinaan Kedai, Dewan Masyarakat Sipitang,
Perpustakaan,Pejabat Majlis Daerah Sipitang,Astaka Daerah,Pasar Besar Pekan Sipitang,Masid Kampong Pantai,Sekolah Agama Pantai dan Ulu Sipitang,Dewan Pekan Melamam,Mesapol dan Ulu Sipitang, (Ada 2 lagi buah Dewan Pantai dan Mendolong tidak ada tepak d sediakan,Penimbusan Tepak Padang Pekan Sindumin,Masjid Pekan Mesapol,Penimbusan Padang Kg.Sri Menanti,Semasa YB Datuk Dr.Yusuf Yakub menjadi MP P.178 Spitang dia bawa Sek. Menangah Pg.Omar 2 Pekan Sipitang,SK.Bestari Kg.Merintaman,SMK.Sindumin,Jalan Raya Sindumin/Banting/
K.Mengalong,Masjid Kg.Pelakat,Jambatan Pekan Sipitang,Jalan Sipitang/Kemabong/Tenom,Pump House berharga RM:141 juta d Pekan melamam (Hampir2 Rm:1 Billion) yg beliau datangkan daripada peruntukan Persekutuan....Tetapi YB Datuk Sapawi semanjak menjadi YB ADUN 3 Penggal (15 tahun) dan (1 Penggal) MP apa yg di buat dan datangkan kedaerah Sipitang? Apa yg harus beliau banggakan semenjak menjadi Pemimpin untuk Generasi Sipitang,Sedangkan beliau yg TERLAMA menjadi YB (ADUN/MP)!!!... Tidak Malu dan terasa Berdosakah beliau mengambil Gaji setiap bulan dan Menjadi Pemimpin untuk Rakyat Sipitang? Cuba Sdra Abd Samad Kasah bayangkan (Baik lagi Brother yg ganti dia jadi YB...Baliklah ke Sipitang pakah)...Tidak memalukan orang Mesapolkah tu?......Seolah olah beliau tidak bisa berfikir secara positif kearah menaikkan taraf kehidupan Masyarakat Daerah yg dwakilinya. Jika beliau sebagai MP tu bercakap d Dewan rakyat mengenai akan PTI @ Pendatang Tanpa Izin d negeri Sabah ini d Hentikan pemberian dan penganugerahan IC kepada Rakyat Indonesia,Philippines,Pakistan dan India tidak mengapa juga....Ini semenjak beliau mewakili P.178 Sipitang saya langsung tidak pernah melihat dia berucap dan memberikan buah fikiran d Dewan rakyat yg mulia tu....Beginikah orang Kadayan? Memalukan orang Kadayan saja tu eh !!!.....

Anonymous said...

Betul2 tu komen Anonymous d atas tu...Saya anak kelahiran dari Kampong Mesapol pun merasakan malu ber YB kan Tangah Sapawi ani.Mun kepimpinan mcm Tangah ani Pemimpin d seluruh malaysia "Inda baasap ni lagi Negara Malaysia ani"...Bukan lagi Kawasan MP P.178 Sipitang...Tangah ASK mun kau mulih ke Mesapol tahu kau apa Kemajuan yg d buatnya tu jamu....Mun aku minta saja Cuba tah timbok tepak Sekolah Agama Mesapol d Neluyan atu dahulu..Inda sampai Rm:200,000 ibu bah tu....Bahaau tah mbuat bangunannya d baie Rm:300,000 bahau Rm:500,000.Ada jua kan ole ole anak Kadayan d Kg.Mesapol......Jangan maah Tangah Sapawi.......Memimpin ni bukannya senang macam bekuapak jamu mcm Janji "SABAH BARU - DALAM 100 HARI"....Tatipu ku ngundi Tangah Sapawi eh.....

Tuan Cobra said...

Saya benar2 bersetuju dengan tulisan Anonymous d atas...Bukan lagi memalukan Kadayan dari kawasan Mesapol sahaja tetapi memalukan orang Kadayan dari Daearh Sipitang dan Dunia lah....Kalaulah saya macam Datuk Sapawi kalau tidak mempu memajukan,membawa pembangunan kepada Kawasan saya eh fikir2lah aku mahu berhenti dan meletakkan jawatan lah saya bah berpolitik......Bercakap pintar tidak boleh menunjukkan kewibawaan bah d dalam berpolitik ni........Lainlah kalau muka tdk pemalu dan penyupan....Rekodlah YB Datuk Sapawi ni berpolitik dia yg paling panjang tempoh menjadi ADUN/MP d Sipitang...Betul2 memalukan Bangsa orang Kadayan sahaja....

Bugis Suluk said...

Saya amat bersetuju dengan pendangan sdra2 yg 3 orang d atas tu......Memang betul tu Datuk Sapawi dari ADUN ke MP pula...Macam naik darjah saja senangnya bapindah pindah kerusi...Nasib betul menyebalahi Datuk Sapawi,Kalau orang lain yg mahu menjadi YB ni saya rasa payah2memenangi DUN/MP, sekalipun jiwanya bersih dan boleh membangunkan Daerah Sipitang...Tetapi Datuk Sapawi senang2 saja....Boleh Datuk Sapawi SHARE kah Ilmu yg Datuk ada tu?.......Saya juga ingin malawan Datuk Musa Aman d Sungai Sibuga bah.....

Bugis Suluk said...

Saya amat bersetuju dengan pendangan sdra2 yg 3 orang d atas tu......Memang betul tu Datuk Sapawi dari ADUN ke MP pula...Macam naik darjah saja senangnya bapindah pindah kerusi...Nasib betul menyebalahi Datuk Sapawi,Kalau orang lain yg mahu menjadi YB ni saya rasa payah2memenangi DUN/MP, sekalipun jiwanya bersih dan boleh membangunkan Daerah Sipitang...Tetapi Datuk Sapawi senang2 saja....Boleh Datuk Sapawi SHARE kah Ilmu yg Datuk ada tu?.......Saya juga ingin malawan Datuk Musa Aman d Sungai Sibuga bah.....