Saturday, November 17, 2007

TAPAK PENGUMUMAN PENUBUHAN YAYASAN SABAH DI MESAPOL








Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun

Saya amat bersetuju terhadap saranan Sdra Salim, supaya tapak pengumuman penubuhan Yayasan Sabah oleh Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun di Mesapol wajar dijadikan sebuah tugu, dataran atau muzium.

Berikut adalah komen Sdra Salim berkaitan perkara di atas.

salim said...

QUOTE - “sesiapa yang ingat di manakah Tun berucap pada ketika itu sama ada di panggung wayang Mesapol atau di padang Mesapol.Bagi saya yang penting Yayasan Sabah harus mengambil inisif untuk menjaga tapak bersejarah ini saperti membuat tugu ,dataran atau muzium untuk mengingati tapak ini.Sekarang ini pekan Mesapol jarang di singgahi orang ramai kerana telah di by pass oleh highway kadang2 orang datang ke mesapol hanya ada sebuah kedai yang mee nya sedap sebab cara membuatnya yang masih original.”- UNQUOTE

Badan atau organisasi NGO yang layak untuk membangkitkan isu ini kepada Yayasan Sabah atau Kerajaan ialah pihak UMNO atau Persatuan Kedayan Sabah atau pun Jawatankuasa Bertindak yang dianggotai oleh penduduk asal Mesapol yang masih ada dan menghadiri perhimpunan berkenaan pada 9 November, 1965.

Secara peribadi saya anggap perkara ini adalah amat bermakna kerana Yayasan Sabah telah banyak berbakti kepada anak-anak jati Kedayan di Mesapol khasnya dan Sabah amnya. Saya amat berharap sekiranya Y.B. Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad, sebagai anak jati Mesapol, dapat mengambil inisiatif awal untuk tujuan ini.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Sdra Salim kerana telah membuat kita terjaga dari tidur yang nyenyak dan kealpaan terhadap sejarah kampung kita sendiri. Terima kasih Sdra Salim.

No comments: