Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang perihatin dan telah menghantar e-mail kepada Blog Administrator berkaitan perkara di atas. Kepada pembaca-pembaca yang berasal dari Kg Mesapol khasnya dan dari Daerah Sipitang amnya sudah pasti mempunyai kenangan-kenangan manis dan pahit berkaitan Kedai Mesapol. Jika anda sudi, hantarkanlah komen-komen anda ke blog ini dan Insya Allah saya akan paparkannya. Terima kasih. - Blog Administrator
E-mail pertama saya terima dari seorang pembaca dari Kota Kinabalu seperti berikut: -
Assalamualaikum Ngah,
Apa habaa? Semoga semuanya dalam lindungan Allah. Kami semua alhamdulillah, Caita sikit pasal kadai Masapol yang sudah angus , takajut jua taima sms daie kg ,taus ku talipon tangah di kampung, ujanya Masapol sdg hangus kedua bais kadai, ia pun sadang angkat barang barangnya kepadang tapi alhamdulillah kedainnya enda kena.
Terakhir ku menjejak batis di kadai Mesapol semasa mengundi 08 Mac 2008 , semuha aku keliling tahulah musim mengundi macam macam jualan dan berjumpa dengan sanak saudara rupa nya itu lah kali terakhir bersama KADAI MASAPOL yg telah banyak mencatat Pelbagai Kenangan yang tidak akan pernah di LUPAI.
Sebenarnya sejak setahun lebih kami sering mulih kampong lawat bapa yang kena sakit Angin Akhmar dalam sebulan tidak kurang 2 atau 3 kali kami balik bersama anak sulung sebagai pemandu tetap bila balik kg.
Kadai Masapol tatap seperti dulu Cuma bezanya bila malam tiba KADAI MASAPOL TEMPAT BERPESTANYA anak anak remaja yang MORAL NYA JATUH MERUNDUM Meneguk Minuman Haram beramai ramai dan entah apa apa lagi yang amat menyedihkan kan ianya adalah anak Remaja Bangsa Kita.
Sampaikan juga Salam kepada YB yang baru Kami Pilih jika ingin membangunkan semula KADAI MASAPOL jangan lupa tolong bangunkan Akhlak Remaja Kita yang telah mula jatuh Merundum semoga akan menjadi Bangsa yang Gemilang dan Terbilang.
Terima Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
nice info
Post a Comment