Sunday, March 2, 2008

PROFIL TUAN HJ AHMAD BIN HJ BUJANG

CALON BARISAN NASIONAL KAWASAN N28 – DUN SINDUMIN










PENGHARGAAN - Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdri Jieyhan Irdawaty (http://jieyhanism.blogspot.com/)yang banyak membantu saya di dalam menulis artikal ini. Terima kasih. - Blog Administrator




Tuan Hj Ahmad bin Hj Bujang (tengah, mendukung cucu beliau) semasa hari penamaan calon




Tuan Hj Ahmad bin Hj Bujang, 56 tahun adalah anak jati Sipitang. Berkelulusan Diploma Pertanian (1976) dari UPM (Universiti Pertanian Malaysia) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian (1981) dari University of the Philippines at Los Banos (UPLB).

Kerjaya beliau sebagai seorang Pegawai Kerajaan bermula pada tahun 1976 di Pusat Penyelidikan Kelapa Sawit Ulu Dusun, Jabatan Pertanian Negeri Sabah sebagai Penolong Pegawai Penyelidik. Diantara sumbangan beliau di Pusat Penyelidikan
berkenaan ialah memulakan Pusat Pengeluaran Biji Benih Kelapa Sawit yang pertama di Sabah untuk penjualan.

Pada tahun 1979 beliau tealh melanjutkan pelajaran ke University of the Philippines at Los Banos atas Biasiswa Persekutuan/ Negeri Sabah di bidang Sains Pertanian. Sekembalinya beliau dari luar Negara iaitu pada tahun 1981, beliau bertugas semula di Jabatan Pertanian Negeri Sabah sebagai Pegawai Pertanian Daerah di Tenom.

Pada tahun 1983 beliau telah dipinjamkan bertugas (seconded) sebagai Pengurus Estet di Ladang Sabah Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah. 10 tahun kemudian ia itu pada tahun 1992 beliau telah di lantik sebagai Pengurus Besar Ladang Sabah Sdn. Bhd.

Pada tahun 1997 beliau telah berhijrah ke sebuah Syarikat yang dikenali sebagai TSH Forestry Sdn Bhd sebagai Pengarah Eksekutif dan bertanggungjawab keatas Unit Pengurusan Perhutanan (Forest Management Unit – FMU) seluas 123,000 hektar. TSH Forestry Sdn. Bhd. adalah Anak Syarikat TSH Resources Sdn. Bhd.

Pada tahun 2001 beliau telah berhenti kerja untuk memulakan perniagaan sendiri sehingga sekarang.

Disepanjang kerjaya beliau di sektor awam dan sektor swasta beliau telah banyak menhadiri kursus, seminar, lawatan rasmi serta memawakili Negara di dalam mesyuarat-mesyuarat tertentu. Antaranya ialah menghadiri kursus di Amerika Syarikat, Lawatan kerja ke Republic of Guinea, Afrika dan Solomon Island. Mewakili Malaysia ke mesyuarat BIMP- EAGA di Negara Brunei Darussalam. Menghadiri Seminar Koko Antarabangsa di Bali, Indonesia dan menghadiri seminar-seminar Kelapa Sawit dan Koko Antarabangsa di Malaysia.

Tuan Hj Ahmad bin Hj Bujang telah menjadi Ahli UMNO semenjak kemasukan parti tersebut ke Sabah. Beliau membina pengalaman politik beliau melalui penceramah sambilan ketika Pilihanraya di adakan sejak tahun 1981. Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian P178, Sipitang pada tahun 2002.

Berdasarkan kepada fakta-fakta seperti di atas, calon Barisan Nasional (BN) Kawasan N28 – DUN Sindumin ini bukannya calang-calang orang. Tuan Hj Ahmad Hj Bujang mempunyai pendidikan dan pengalaman yang amat luas khususnya di bidang pertanian yang juga adalah salah satu sektor yang amat diberi perhatian oleh Kerajaan pada masa ini. Dengan pengalaman yang sedemikian, saya penuh yakin sekiranya beliau berjaya memenangi kerusi N28 – Sindumin pada pilihan raya kali ini, beliau akan dapat membawa arus atau gelombang pembaharuan ke Daerah Sipitang khususnya di dalam peningkatan produktiviti sektor pertanian dan pembangunan infra-struktur dan modal insan amnya.

Seperti yang kita sedia maklum Daerah Sipitang merupakan sebuah daerah pertanian yang tersohor dengan buah durian terbaik di Negeri Sabah. Daerah ini juga mempunyai tahap kesuburan tanah yang tinggi dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai hub pertanian di Negeri Sabah berdasarkan kepada kedudukan geografinya yang strategik dengan Negara Brunei Darussalam dan Negeri Sarawak.

Daerah Sipitang juga menempat kan salah sebuah Kilang Kertas terbesar di Malaysia ia itu Sabah Forest Industry (SFI) yang mana sumber bahan mentah yang diperlukan adalah dijana dari aktiviti pertanian.

Kepada pengundi-pengundi di Kawasan DUN N28 Sindumin yang berjumlah seramai 12,828 orang, saya berkeyakinan penuh mereka ingin melihat kesinambungan pembangunan diteruskan di daerah ini demi masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin. Atas rasional tersebut, pengundi-pengundi DUN N28 Sindumin hanya mempunyai DUA pilihan. Pilihan yang pertama ialah membawa Daerah Sipitang ke tahap pembangunan yang lebih tinggi (next level) melalui seorang Wakil Rakyat yang berpengalaman, berinovatif, kreatif , komited dan fokus ATAU menjadikan Daerah Sipitang sebagai sebuah Daerah yang lesu, tidak bermaya, ketinggalan dan tersisih. Gunakanlah kewarasan fikiran kita untuk membuat pilihan yang tepat.

SALAM HORMAT DAN SELAMAT MENGUNDI.

No comments: