Sunday, April 19, 2009

BN perlu bertanding DUN Penanti: Dr Mahathir


RAUB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan nasional (BN) perlu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, di Pulau Pinang.

Bekas Pengerusi BN itu berkata jika tidak ia bermakna BN sudah mengaku kalah.

"Saya fikir kalau kawasan BN kita bertanding tapi bila kita ingat kawasan parti lawan sebab tu tak nak bertanding," katanya di sini hari ini.

Sumber : Sila klik disini.

Saturday, April 18, 2009

Najib: BN may not contest Penanti by-election (Update)


Published: Saturday April 18, 2009 MYT 2:40:00 PM
Updated: Saturday April 18, 2009 MYT 5:37:43 PM

By SIMON KHOO and KEVIN KAM

PEKAN: Barisan Nasional might not contest the Penanti state by-election if it obtains the consensus of all component parties, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

In this context, Najib said he would hold a meeting with the Umno Supreme Council and meet with the presidents of the Barisan component parties to discuss the matter.

"I will raise the matter at the next Umno Supreme Council meeting. If I don't have the time, I will bring it up to the Political Bureau, and discuss with the Barisan component party presidents," he said.

Najib said he did not rule out the possibility of Barisan not contesting as the latest by-election in Penang was clearly a "political ploy" by the Opposition.

"No, we are not afraid of losing to them but it is a sheer waste of public funds.

"Whatever decision we make, we will take into consideration whether it benefits the people," he told reporters at a press conference at his residence near here on Saturday.

On the party’s new appointed office bearers and state Umno liaison chiefs, Najib said he would announce the names after the supreme council meeting.

“I need some time to consult several senior party leaders first as the appointment is the prerogative of the party president under the party’s constitution.

“I do not know yet if any of the Mentri Besar or Chief Minister will be replaced,” he said adding that no one should speculate as it would not be fair to the parties involved who might experience “sleepless nights.”

On the political storm in Terengganu, Najib said he would be monitoring the situation closely and had listened to explanations from both factions.

“I hope the state leadership can resolve the situation amicably,” he said, adding that it was important to have a strong team who could quell any tension and be acceptable to all Umno leaders in the state.

Najib reiterated that no decision had been made by the Government pertaining to the crooked bridge project.

He also expressed his support to a proposal by the Election Commission to limit the number of supporters allowed at nomination and polling centres.

“We want a smooth elections process and no disturbances by any party supporters,” he said.

Earlier, Najib was given a rousing welcome in his home state and parliamentary constituency by some 30,000 people of all races.

It was the first time Najib, the Pekan MP, returned to his constituency as the Prime Minister of Malaysia.

Source : Please click here.

Kabinet harus dengar suara rakyat

Penulis : TAN SRI LEE LAM THYE




PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji untuk menjadikan Kabinet barunya itu berupaya menunjukkan prestasi dan menyampaikan perkhidmatan dengan mengadakan petunjuk prestasi utama (KPI) yang menitik beratkan tentang impak dan status penyampaian perkhidmatan tersebut.

Penekanan ke atas prestasi dan komitmen Perdana Menteri untuk memantau secara peribadi kemajuan semua Menteri sekali dalam enam bulan adalah suatu langkah penting memandangkan wujudnya ketidakpuasan rakyat di masa lalu tentang prestasi menteri dan beberapa penjawat awam.

Nyata sekali kini masa telah tiba untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang berorientasikan rakyat dan tindakan dimulakan dengan Kabinet yang mempunyai kepekaan dan sensitif terhadap keperluan rakyat dan negara terutamanya ketika saat kegawatan ini.

Tidak boleh dinafikan bahawa harapan rakyat terhadap pentadbiran Najib ini adalah sangat tinggi dan adalah menjadi suatu kewajipan bagi pentadbiran baru ini untuk menunjukkan prestasi dan menghasilkan perkhidmatan efisien berasaskan budaya penuh integriti dan kecemerlangan.

Ini bermakna setiap anggota Kabinet benar-benar menanggung tugasan berat dalam merealisasikan jaminan dan komitmen pentadbiran baru.

Anggota pentadbiran Najib harus mendampingi rakyat untuk memahami rintihan serta keperluan dan kehendak mereka diikuti dengan bertindak melakukan segala perubahan yang perlu untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat.

Sumber : Sila klik disini.

Thursday, April 16, 2009

Suhaili dropped as Labuan Umno chief

Published: Thursday April 16, 2009 MYT 8:53:00 PM
Updated: Thursday April 16, 2009 MYT 8:56:54 PM

KUALA LUMPUR: Datuk Suhaili Abdul Rahman has been dropped as Labuan Umno chief with immediate effect, according to a statement published on the party’s official website.

This was in accordance with Clause 10.10 of Umno’s constitution whereby a leader automatically loses his party posts in the event of being charged in court, the statement said.

On Tuesday, Suhaili, 48, was charged with making a false statement to Mohd Naser Mohd Noor, a Justice of Peace, in relation to the registration of a company, Syarikat Saraequity Sdn Bhd, in August 1995.

According to the charge, he is alleged to have given false information in his statutory declaration by using the name Ahmad Suhaily Abdul Rahman with the identifification card bearing serial numbers H 0552182.

Suhaili pleaded not guilty to the charge in the Kota Kinabalu Magistrate’s Court and Magistrate Noor Hafizah Mohd Salim allowed an application by the prosecution to have the case transferred to another court to enable it to be heard together with a cheating case involving the accused.

Suhaili, the former Member of Parliament for Labuan, is also charged with cheating Malayan Banking Bhd’s Kota Kinabalu branch of RM160,000 in connection with the purchase of apartment in the city in 1996.

Suhaili, when contacted by Bernama in Labuan, confirmed receiving a letter on his removal as Labuan Umno chief.

“The letter was signed by Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan,“ he said.

Expressing dissapointment with this, he said that he had met Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin about the issue and was advised to file an appeal.

He was of the view that the decision should have been made only after the Umno Supreme Council had deliberated on it.

“I should have been given a chance to defend myself. I have shown a good performance in the two terms I was MP of Labuan and this can been seen from the results in the last general election,” he added. -- Bernama

Source : Please click here.

Dilema BN terhadap pengundi bukan Melayu

Penulis : DR. ALIAS MOHAMED Presiden Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia

SATU perubahan yang agak besar di dua pilihan raya kecil Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Gantang, Perak sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 ialah peningkatan undi Melayu kepada calon-calon Barisan Nasional (BN). Namun beberapa kelemahan jentera pilihan raya BN perlu dinyatakan dengan jelas untuk difikir dan diperbaiki serta-merta.

Pertama, pengundi-pengundi bukan Melayu masih terpedaya dengan dakyah-dakyah parti pembangkang yang yakin boleh merealisasikan Malaysian Malaysia. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum 2008 memperkukuhkan azam dan keyakinan ini.

Oleh itu, mereka cuba menterjemahkan kejayaan DAP di Pulau Pinang menerusi undi orang bukan Melayu di Selambau dan Bukit Gantang.

Dengan kata lain, semangat kecinaan dan keindiaan pengundi-pengundi bukan Melayu ini adalah tebal. Mereka menolak dasar-dasar arus perdana yang diterajui oleh UMNO.

Kedua, sikap ini secara umumnya mendorong para pengundi bukan Melayu supaya tidak mengundi BN walaupun segala permintaan yang dikehendaki oleh pengundi bukan Melayu telah dipenuhi oleh BN dengan pemberian pelbagai peruntukan di kawasan-kawasan berkenaan.

Mereka mengambil sikap: ambil kemudahan kerajaan tetapi tolak pentadbirannya, walaupun tidak ada kemudahan yang serupa diberi oleh pembangkang kepada pengundi-pengundi bukan Melayu. Sekali gus, ini bermakna mereka menyatakan hasrat perkauman par excellence.

Trend yang serupa dipamerkan dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Penolakan pengundi Cina terhadap BN boleh dilihat, sungguhpun mereka mendapat bantuan kerajaan dan tidak mendapat bantuan pembangkang.

Di sini, sokongan mereka kepada calon Pas bukan bermakna mereka menyokong parti itu, tetapi sebenarnya menolak kerajaan - untuk menunjukkan sokongan kepada parti pembangkang lain.

Ketiga, parti-parti komponen BN - MCA dan Gerakan - perlu dipertanggungjawabkan terhadap senario ini, terutama amalan dalam MCA yang mendesak kerajaan memberi itu dan ini kepada mereka melalui akhbar-akhbar Cina.

Beberapa bulan kebelakangan ini, sebelum pilihan raya kecil Selambau dan Bukit Gantang, pemimpin-pemimpin mereka mempersoalkan ketuanan Melayu dan kontrak sosial - dua isu sensitif yang menarik imaginasi orang Cina dan India.

Keempat, tindakan-tindakan pembangkang di mahkamah yang melibatkan Perlembagaan negara juga satu lagi punca yang menghakis keyakinan pentadbiran negara yang dipimpin oleh UMNO.

Di samping itu, tindakan-tindakan berani pemimpin-pemimpin DAP yang meletakkan papan-papan tanda jalan dalam bahasa Cina di Pulau Pinang dan Selangor sebenarnya manifestasi politik yang berasaskan aspirasi orang Cina, bukan berdasarkan asas-asas pemerintahan di Malaysia.

Kelima, pengundi-pengundi bukan Melayu teruja dengan rentak kempen dan propaganda anti UMNO dan BN. Sikap dan tindakan mereka disokong oleh Pas dan PKR yang hanya ingin menang dalam pilihan raya dan tidak mempedulikan ground rules dalam politik di Malaysia.

Kepada mereka ini, tidak mengapa kalau kuasa orang Melayu diambil alih orang lain asalkan mereka menjadi sebahagian kecil daripada pasukan yang menang.

Hakikat ini sehingga hari ini masih gagal dicanang oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menyedarkan orang Melayu.

Akhir sekali, pemimpin-pemimpin BN, terutama UMNO, perlu memahami trend pemikiran parti-parti politik Cina hari ini. Apakah yang harus mereka buat dalam keadaan seperti ini?

Adakah perlu mereka mengambil risiko dalam Pilihan Raya Umum Ke-13?

Sumber : Sila klik disini.

Wednesday, April 15, 2009

Suhaili claims trial to another charge

Published on: Wednesday, April 15, 2009










Kota Kinabalu: Former Umno Labuan Member of Parliament Datuk Suhaili Abdul Rahman, who on Monday pleaded not guilty in the Sessions Court to cheating a bank 13 years ago, was charged in the Magistrate's Court again Tuesday with making a false statement in a statutory declaration 14 years ago.
Suhaili, 48, is accused of committing the offence before Justice of Peace (JP) Haji Mohd Naser Mohd Noor at the JP's office here on Aug. 3, 1995, for the purpose of registering Saraequity Sdn Bhd.

The ex-MP allegedly made the false statement in a Statutory Declaration under the name of Ahmad Suhaili Abd Rahman with Identity Card No: H0552181, which he knew to be false, touching a material point for which the declaration was made for registering the said company.

The offence under Section 199 of the Penal Code is punishable under Section 193 of the Penal Code which carries a jail term of up to three years and liable to a fine on conviction.

Malaysian Anti-Corruption Commission's Deputy Public Prosecutor Kevin Morais who conducted the prosecution together with DPP Joyce Blasius, applied for the case to be transferred to the Sessions Court and to be heard jointly before the same judge who heard Suhaili's cheating case on Monday.

Counsel Rakhbir Singh informed the court that the defence supported the application for transfer on the basis that the documents used in both cases were virtually identical.

Magistrate Noor Hafizah Mohd Salim allowed the prosecution's application to transfer the case to the Sessions Court.

Hafizah, however, said that it was a matter for the Sessions Court to decide on whether the case would be heard before the same judge.

No bail was given.

On Monday, Suhaili, pleaded not guilty before Sessions Court Judge Caroline Bee Manajil to cheating a bank by using someone else's identity to act as a guarantor for a RM160,000 housing loan 13 years ago.

Majanil released Suhaili on RM20,000 bail with RM3,000 deposited in one surety pending trial fixed from Feb 8 to 12, next year.

Sumber : Sila klik disini.

Suhaili mengaku tidak bersalah beri maklumat palsu

KOTA KINABALU 14 April - Sehari selepas menghadapi tuduhan menipu seorang pengurus bank, bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memberi maklumat palsu dalam satu akuan bersumpah pada 1995.

Bekas Pengerusi Perbadanan Labuan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dakwaan yang dibacakan di hadapan Majistret Noor Hafizah Mohd. Salim.

Majistret Noor Hafizah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Sesyen bagi membolehkan ia didengar serentak dengan satu lagi tuduhan menipu melibatkan Suhaili.

Permohonan itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kevin Morais, mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun serta sebat dan denda.

Suhaili, 48, yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, dituduh membuat kenyataan palsu itu kepada Mohd. Naser Mohd. Noor, seorang Jaksa Pendamai, berhubung pendaftaran Syarikat Saraequity Sdn. Bhd. pada 3 Ogos 1995.

Mengikut pertuduhan, Suhaili dituduh memberi maklumat palsu kepada Mohd. Naser Mohd. Noor dalam akuan berkanun, menggunakan nama Ahmad Suhaily Abdul Rahman dengan kad pengenalan bernombor H 0552182.

Semalam, Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 8 Februari hingga 12 Februari tahun depan perbicaraan kes penipuan bank melibatkan Suhaili.

Dalam kes tersebut, Suhaili didakwa atas tuduhan menipu Malayan Banking Bhd. cawangan Kota Kinabalu sebanyak RM160,000 untuk membeli sebuah apartmen di sini, pada 1996.

Sumber : Sila klik disini.

Bekas Ahli Parlimen Labuan didakwa tipu RM160,000

KOTA KINABALU 13 April - Bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abd. Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu Malayan Banking Bhd. cawangan Kota Kinabalu sebanyak RM160,000 untuk membeli sebuah apartmen, 13 tahun lalu.

Dia yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, bagaimanapun tidak mengaku bersalah di hadapan Hakim Caroline Bee Majanil terhadap tuduhan tersebut.

Mahkamah membenarkan tertuduh itu diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan pada 8 hingga 12 Februari 2010.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Malayan Banking itu pada 3 April 1996 bertujuan untuk memohon pinjaman perumah-an sebanyak RM110,00 dan overdraf RM50,000.

Pinjaman itu didakwa dilakukan atas nama syarikatnya, Sara Equity Sdn. Bhd. dan pinjaman itu untuk membeli sebuah apartmen di unit 3-R2-32, Tingkat 2, Api-api Centre, Fasa 1A di sini.

Suhaili yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Labuan didakwa bertindak sebagai penjamin tetapi telah menggunakan nama dan kad pengenalan dipercayai palsu untuk proses pinjaman tersebut.

Dia didakwa memperdaya pengurus bank tersebut, Ismail Jantan, dengan menggunakan nama Ahmad Suhaily Abd. Rahman yang memegang kad pengenalan bernombor H 0552182.

Suhaili didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan atau denda.

Tertuduh diwakili peguam bela, Rakhbir Singh manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kevin Morais.

Sementara itu, Suhaili ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, dia masih menunggu keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan sama ada akan melanjutkan jawatannya sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.

Jelas Suihaili, jawatannya sebagai pengerusi perbadanan tersebut tamat pada 31 Mac lalu.

Sumber: Sila klik disini.

Thursday, April 9, 2009

Senarai penuh barisan Kabinet baru


09/04/2009 4:23pm



NAJIB Tun Razak bersalam dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin selepas mengumumkan barisan Kabinet barunya di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI







KUALA LUMPUR 9 April - Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Sumber : Sila klik disini.

Empat pemimpin Sabah dilantik menteri





Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal


















Menteri Luar, Datuk Anifah Aman























Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernad Dompok



















Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili






09/04/2009 4:50pm
KUALA LUMPUR 9 April – Empat pemimpin Sabah dilantik sebagai menteri.

Mereka ialah Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernad Dompok; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman. - Utusan

Sumber : Sila klik disini.

Monday, April 6, 2009

Dr. M sertai UMNO




Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Najib Tun Razak sambil disaksikan Tun Siti Hasmah Mohd. Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor di Sri Satria, Putrajaya, semalam.






Oleh ZULKIFLI JALIL dan
HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 4 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini kembali menyertai UMNO setelah hampir setahun meninggalkan parti tersebut.

Bekas Presiden UMNO itu bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyerahkan borang keahlian yang kekal bernombor 001 dan 002 kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Sri Satria di sini.

Bercakap kepada pemberita, Dr. Mahathir, 84, melahirkan rasa gembira kerana dapat kembali dan diterima semula oleh UMNO.

‘‘Walaupun saya berada di luar UMNO tetapi dalam hati saya masih orang UMNO. Walaupun saya tegur UMNO, saya fikir teguran itu adalah untuk membina UMNO, bukannya untuk menghancurkan UMNO.

‘‘Oleh itu saya berharap yang keluar UMNO sama dengan saya akan kembali semula dan harap parti akan menerima mereka,” katanya.

Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada majlis itu juga, anak Dr. Mahathir iaitu Datuk Mokhzani turut mengambil langkah sama menyertai semula UMNO.

Dr. Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO dalam satu ceramah di Alor Setar pada 19 Mei tahun lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.

Pada sidang akhbar yang dihadiri puluhan wartawan tempatan dan media asing tersebut, bekas Perdana Menteri itu secara berseloroh tidak menafikan penyertaan semula beliau ke dalam UMNO hari ini mirip perkara sama 40 tahun lepas ketika parti itu di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Razak Hussein.

‘‘Satu pakatan kekeluargaan yang tidak sengaja tetapi benarlah, saya dapat masuk balik UMNO dahulu pun kerana Tun Razak yang menerima saya dan kali ini, anaknya yang terima saya.

‘‘Mengenai jawatan (dalam UMNO atau kerajaan), tak payahlah tetapi kalau nak kerjasama, saya bila-bila masa bersedia untuk memulihkan semula parti kerana saya dipercayai oleh rakyat,” katanya.

Serentak itu, Dr. Mahathir menyatakan kesediaannya untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau serta Batang Air.

Ini kerana, kata beliau, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai ahli UMNO untuk terus membantu parti dan BN termasuk berkempen pada pilihan raya walaupun telah bersara.

‘‘Saya tidak suka kalau dah bersara ini, kita pisah diri sama sekali dengan UMNO kerana saya naik pun kerana UMNO.

‘‘Dari dulu pun, saya menawarkan diri untuk berkempen jika diperlukan dan hari ini nampaknya saya diminta untuk berkempen. Saya sudah bersedia kerana ia adalah parti saya,” katanya.

Ditanya adakah beliau akan meneruskan sikap kritikalnya terhadap UMNO sebagaimana sebelum ini, Dr. Mahathir berkata, sikap demikian berlaku apabila ‘kesilapan dilakukan’.

‘‘Jika tidak, saya rasa tidak perlu jadi kritikal dan saya rasa Datuk Seri Najib tidak akan terkeluar dari landasan (corak kepimpinan) yang telah ditetapkan oleh bapanya dan bukan oleh saya,” katanya.

Sumber : Sila klik disini.

Najib angkat sumpah PM ke-6








KUALA LUMPUR 3 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.
Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Beliau mengikut jejak Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976 sebelum meninggal dunia akibat leukemia.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Pasangan itu kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.
Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Acara penuh istiadat itu bermula apabila Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berangkat memasuki Balairong Seri pada pukul 10.05 pagi.
Upacara dimulakan dengan lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada 10.10 pagi.

Najib kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.

Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Pada majlis yang sama, Abdullah dikurniakan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) manakala Jeanne menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM), kedua-duanya membawa gelaran Tun, daripada Seri Paduka.

Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, pada 23 Julai 1953 dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak dan Tun Rahah Mohd. Noah.

Pelantikan Najib hari ini cukup signifikan kepada sejarah negara kerana ini merupakan kali pertama anak kepada perdana menteri dilantik ke jawatan yang sama.
Karisma kepimpinannya dalam politik mula terserlah apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan pada 1976 sebelum mencatat sejarah pada tahun yang sama sebagai anggota Parlimen termuda, pada usia 22 tahun, dengan memenangi tanpa bertanding kerusi Pekan dalam satu pilihan raya kecil apabila ayahanda meninggal dunia.

Bermula dari situ, Najib secara beransur meniti kejayaan dalam bidang politik dan pentadbiran kerajaan sehingga menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri. - BERNAMA

Sumber : Sila klik disini.