Monday, September 7, 2009
MENYEMPURNAKAN ZAKAT FITRAH
"Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat Fitrah sebagai pembersih bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang tidak berguna dan dosa serta sebagai makanan bagi orang-orang miskin”
Oleh: Wan Marzuki Wan Ramli
Seiring dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, salah satu lagi kewajipan umat Islam adalah mengeluarkan zakat. Pensyariatannya telah ditetapkan oleh Islam sejak diutuskan baginda Rasulullah SAW lagi.
Seseorang muslim yag melaksanakan kewajipam berzakat ini sebenarnya akan merasa lebih tenang dan damai hatinya kerana telah berjaya melalui proses pensucian dengan mengeluarkan sebahagian hak Allah yang diamanahkan kepada sipemiliknya kepada sebahagian individu lain yang memerlukannya.
Zakat fitrah hukumnya fardu ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jumlah zakat adalah bersamaan sekilogram dari makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah negara. Bagi kita di Malaysia sudah tentulah beras kerana ianya menjadi makanan ruji semua penduduknya.
Waktu-waktu tertentu umat Islam mengeluarkan zakat fitrah adalah seperti berikut:
- Waktu Harus dari awal bulan Ramadhan hingga akhir bulan tersebut.
- Waktu Wajib ialah selepas terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadhan.
- Waktu yang paling afdal pula ialah selepas solat Subuh pada hari terakhir Ramadhan.
- Waktu Makruh ialah selepas terbenamnya matahari pada hari raya Aidilfitri.
Dalil pensyariatan zakat fitrah antaranya ialah sabda Rasulullah SAW dari riwayat Abi Daud yang bermaksud: Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat Fitrah sebagai pembersih bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang tidak berguna dan dosa serta sebagai makanan bagi orang-orang miskin”
Dalam al-Quran pula Allah Taala telah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 103 yang bermaksud: ”Ambillah sedekah atau zakat dari sebahagian harta mereka, dan berdoalah sesungguhnya doa kamu itu (menjadi ) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Orang-orang yang berhak menerima zakat pula adalah seperti berikut:
Orang-orang miskin yang mempunyai harta sebanyak satu keperluannya atau tidak mencukupi
- Amil, iaitu orang yang dilantik untuk menguruskan pungutan dan pembahagian zakat.
- Muallaf, iaitu orang yang baru memeluk agama Islam.
- Hamba, iaitu orang yang mahu menebus diri dari tuannya.
- Orang yang berhutang dan hutang itu bukan untuk tujuan maksiat tetapi untuk kepentingan masyarakat dan keperluan hidupnya.
- Untuk kegunaan pada jalan Allah (Fi Sabilillah), iaitu bagi setiap tentera yang berjuang kerana Allah atau kegiatan amal seperti membina masjid, rumah anak yatim dan sebagainya.
Zakat Fitrah Fixed At RM5 To RM8 Nationwide
Thursday, 20 August 2009 22:19
The zakat fitrah (tithe payment per person in Ramadan) rates have been fixed at RM5 to RM8 nationwide, depending on the price of rice in the market.
Selangor, Perak, Kedah and Penang have set the rate at RM7 per person.
The increase in Selangor is by RM1.80 from RM5.20 last year, with the State Islamic Religious Department (Mais) expecting to collect RM12 million from zakat this year.
Zakat fitrah per person is fixed according to the staple food item of a country and in Malaysia, it is equivalent to the price of 2.27kg of rice.
In Terengganu, it is fixed at RM5, RM7 and RM8, depending on the price of the rice consumed. The rates were RM6, RM7 and RM8 last year.
The state’s religious authorities have appointed 1,247 amil (tithe collectors) this year.
Johor has set two rates, RM5 for those who consume the normal rice and RM7.50, the more expensive rice. Only one rate was set last year — at RM6.50.
The zakat fitrah in Sabah is RM6.60, Negeri Sembilan RM6.50, Melaka RM6.30, and Sarawak and Perlis, RM6.
Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam, who is also advisor to the State Islamic Religious Council (Main), said the rate was fixed based on the current price of the super local rice.
The zakat fitrah for Kelantan and the Federal Territories have not been announced.
You are also welcome to visit my other blog http://darahkedayan.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment