Thursday, October 15, 2009

AWAN TERBELAH DUA SEMASA UJIAN PELURU BERPANDU IRAN

You are also welcome to visit my other blogs http://darahkedayan.blogspot.com/ and http://simply-kedayan.weebly.com/



Para penganalisis UFO barat banyak memperkatakan berkaitan klip video yang menunjukkan awan terbelah dua semasa ujian peluru berpandu Iran, Shahab-3. Apabila diamati klip video seolah-olah terdapat objek yang bergerak “amat pantas” membelah awan semasa peluru berpandu meluncur diudara.

Seorang pakar UFO berkata, “Sebuah objek (berkemungkinan pesawat) – yang bergerak seolah-olah memantau pelancaran peluru berpandu tersebut dengan kelajuan yang luar biasa (phenomenal speed).”

Kejadian awan terbelah dua ini berlaku selepas 38 saat peluru berpandu itu dilancarkan ke udara.

Nick Pope, seorang bekas penganalisis UFO yang disegani dari Kementerian Pertahanan, Amerika Syarikat berkata, “Apa juga yang membelah awan semasa pelancaran Shahab-3 bukanlah objek buatan manusia.”

Beliau menambah, “ Satu teori ialah ciptaan US yang dinamakan “American drone”. Pada bila-bila masa pihak US menguji pesawat dan “drones” prototaip yang dikendalikan tanpa pengetahuan umum untuk bertahun-tahun lamanya. Contohnya pesawat Stealth telah ujud sekian lama tanpa pengetahuan umum. Tetapi kelajuan dan pemecutan adalah amat luar biasa (phenomenal), saya tidak yakin kita mempunyai sesuatu yang mampu melakukan pergerakan seperti itu.”

Sumber maklumat : Sila klik disini.

No comments: