14 Oktober, 2009 18:32 PM
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Program Satu Bulan Satu Program Penerangan Setiap Bulan Setiap Bahagian (SPSB) akan menjadi penunjuk prestasi utama (KPI) bagi Biro Penerangan Umno.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata program bertujuan memperkasa jentera penerangan parti itu dijalankan di kesemua 191 bahagian bermula Ogos lepas.
"Laporan SPSB ini akan dimajukan kepada Majlis Tertinggi Umno sebagai KPI penerangan," katanya ketika melawat pusat operasi Bernama pada Persidangan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Rabu.
Program SPSB dilancarkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Melalui program itu, Ahmad berkata 20 modul program merangkumi ceramah umum, ceramah perdana, dialog dan penggunaan laman web itu dirangka Biro Penerangan Umno bagi setiap Ketua Penerangan Umno negeri.
Penetapan KPI adalah sebahagian usaha transformasi Umno untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno sebagai parti teras dalam parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
-- BERNAMA
Sumber : Sila klik disini.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak diperhatikan oleh Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Ahmad Maslan menyampaikan Modul Program SPSB kepada Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad sejurus menyampaikan taklimat presiden sempena persidangan khas Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur.
Program tersebut mempunyai 20 modul yang dicadangkan meliputi ceramah umun, Ceramah perdana, dialog dan penggunaan laman web.
Melalui SPSB juga lebih kurang 191 program penerangan akan diadakan pada setiap bulan di seluruh negara bukan hanya terhad kepada peringkat bahagian tetapi melibatkan jentera penerangan diperingkat sayap Umno.
Sumber : Sila klik disini.
Thursday, October 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment