Wednesday, November 14, 2007

KADAYAN KUTAI KARTANEGARA (KALIMANTAN)

Sebuah pesanan telah ditinggalkan di dalam CBox yang saya sediakan di blog http://itsurday.blogspot.com/ yang menamakan diri beliau sebagai Sdra Doddy H Iska. Sdra Doddy mengatakan bahawa dia seorang Kadayan dari Kutai Tatanagara. Pesanan beliau boleh dilihat di dalam CBox dan Sdra Doddy cuma menggunakan sepatah perkataan Kadayan iaitu “daie” yang bermaksud dari.

Lantas saya hubungi Sdra Doddy melalui e-mail beliau yang boleh diperolehi dari CBox. E-mail saya dijawab dengan segera oleh Sdra Doddy yang berbunyi demikian: -

QUOTE - Aslammualaikum Pa,
maaf saya ngak punya pa url nya cuman yang ada hanya email aja. yah.D Kutai tu ada hanya sebilangan aja kerana d sini Kebiasaannya cuman make bahasa Indonesia aja. Tapi wang patuhaan kakal boleh ba pandiee @ bakuaapak jua. d Brau bahasanya pun mangadayan jua. Naagie Kadayan @ Kampong Kadayan tu yang banyak d KELTENG @ KELIMANTAN TENGAH @ Propinsinya PALANG KARAYA. Kerana kebanyakaannya Wang2 K @ Kedayan ni toon daie Kelteng ke Sibuti, Miri.(4 U info: Kelteng ke Sibutui tu hanya Perbatasan saja d Utaranya @ d Daatnya) K yang d Miri tu bukannya bawaan Aja aja dahulu kala tu. K bawaan aja aja adalah K yang daie Boonai.Nanti lagi ulun merujuk ke Perpustakaan d Samarinda.

Trims
– UNQUOTE

Apabila diperhatikan dialek Kadayan yang digunakan oleh Sdra Doddy tidak banyak perbezaan dengan dialek kita di Sabah, Saawak dian Boonai KECUALI perkataan “bapandiee” yang bermaksud bakuaapak atau batutuuan, secara peribadi saya tak pernah mendengar perkataan “bapandiee”. Sesuatu yang baru buat saya.

Selama ini saya cuma mendengar cerita bahawa di Kutai ada suku kaum Kadayan, namun saya tidak berapa yakin. Mengikut e-mail Sdra Doddy, Naagie Kadayan di Kalimantan ialah di Kelteng, Kalimantan Tengah, Propinsi (Province) Palang Karaya. Saya amat tertarik dengan maklumat Sdra Doddy dan sekiranya ada Kadayan Sabah, Saawak atau Boonai yang pernah melawat tempat yang disebut, saya mengalu-alukan maklum balas dari sdra dan sdri pelawat blog ini.

Saya juga mengalu-alukan sekiranya ada Kadayan-Kadayan dari Kutai, Brau, Kelteng dan tempat-tempat lain di Kalimantan yang melawat blog ini, supaya meninggalkan pesanan atau membuat komen di dalam posting-posting yang terdapat di dalam blog ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdra Doddy H Iska yang telah memberi saya sedikit maklumat yang sebelum ini cuma seperti hayalan saya sahaja. Taima kasih.

2 comments:

Amde Sidik said...

Asslakm, actually lot more interesting stuff for Kadayan and non Kadayan alike, especially those like me whose interest in the study of ethnics & cultural (mine is more on people) of Borneo. I have a few thing to say about Kadayan in Kutai as well as Kadayan in Banjaramasin except that I haven't found time to elaborate for public consumption. I have been delaying my visit to talk at the Lambung Mangkurut University in Banjarmasin for a year now, something around this topic-I will write and post to you (Sdr Samad) once I am in Malaysia. Those who want to know more about Kadayan Kutai may contact Arimi Sidek, has something in his collection-as editor of Kadayan Universe.Good work, make it interesting to us even if it doesn't for others

izanazuani said...

Baik ih, ada jua uang2 Kadayan di Kalimantan. Inda tepiki daah kitani ada jua di nega'a dangan.