Thursday, March 6, 2008

LAWATAN KETUA MENTERI KE KAWASAN P178

New Sabah Times
5th March, 2008














SOKONGAN PADU...Musa diiringi oleh Sapawi bersalaman dengan ribuan penduduk setempat yang menghadiri majlis itu.





Rakyat bukan bodoh percaya fitnah pembangkang: Sapawi

SIPITANG: Rakyat negeri ini bukan bodoh dan mudah diperdaya bagi mempercayai segala fitnah atau dakyah yang dicanang oleh parti pembangkang.

Calon Barisan Nasional (BN) Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat negeri ini termasuklah di Sipitang telah memperlihatkan kebijaksanaan dengan mengekalkan BN untuk terus menerajui kerajaan.

“Saya yakin pada kali ini, rakyat akan terus mempergunakan kebijaksanaan itu untuk menge-kalkan BN sebagai peneraju kerajaan,” katanya pada majlis perasmian Dewan Budaya Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah di sini kelmarin.

Perasmian itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Musa Haji Aman yang juga pen-gerusi BN Sabah.

Sapawi berkata rakyat tahu untuk menilai dan pastinya tidak akan membuat keputusan yang mampu menjejaskan masa depan generasi akan datang.
Katanya, pembangkang hanya tahu bercakap kosong sedangkan kemampuan mereka berada pada tahap begitu meragukan.

“Keadaan ini berbeza dengan BN kerana se-gala janji tetap dikotakan dan perjuangan BN juga akan mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN Sipitang memberitahu perancangan dalam Pembangunan Koridor Sabah (SDC) tetap tidak melupakan rak-yat Sipitang.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sipitang itu berkata rakyat Sipitang seperti rakyat negeri ini yang lain akan turut menikmati hasil daripada SDC.

Katanya, pembinaan akademik maritim dan gas petroleum berupaya membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi rakyat setempat.

“Pelaksanaan SDC tetap tidak meminggirkan rakyat Sipitang…kita akan dapat menikmati peningkatan ekonomi hasil daripada SDC,” katanya.

Sapawi berkata langkah kerajaan memperkenalkan SDC adalah untuk mempertingkatkan ta- raf hidup rakyat dengan memfokuskan kepada pembangunan ekonomi setempat.
Katanya, nikmat daripada SDC itu pula akan dirasai oleh rakyat daripada pelbagai suku kaum dan menyeluruh.

Menurutnya apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah bukti jelas mengenai kesungguhan BN dalam memperjuangkan nasib rakyat.

“BN mengemukakan janji dan mengotakannya. Apa yang dilakukan adalah untuk rakyat dan dapat dinikmati oleh rakyat secara menyeluruh tanpa adanya yang akan tersisih,” katanya dan menambah BN bukan seperti parti pembangkang yang menabur janji kosong.

Beliau memberitahu rakyat sendiri dapat menilai kemampuan dan keupayaan parti pembangkang yang tidak akan mampu menandingi apa yang dilakukan oleh BN.
Katanya, BN bukanlah parti yang sukan untuk berjanji kosong tetapi parti yang perjuangannya meletakkan rakyat paling utama.

“BN bukan parti yang meletakkan perjuangan untuk kepentingan pemimpin atau diri sendiri, te-tapi perjuangan untuk kepentingan rakyat adalah paling utama,” katanya.
Sambil melahirkan keyakinan rakyat akan terus memilih BN, Sapawi berkata usaha untuk membangun dan memajukan Sipitang akan terus dilaksanakan.

Katanya, tumpuan kepada pembangunan dan kemajuan itu diyakini berupaya memperting-katkan taraf hidup rakyat dengan meningkatkannya sumber pendapatan menerusi peluang-peluang yang disediakan.

“Kita akan bersama-sama untuk membangunkan Sipitang dan teruslah berikan mandat kepada BN untuk menerajui kerajaan,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

(RAKYAT TIDAK BODOH PERCAYA FITNAH PEMBANGKANG)

Ucapan Datuk Sapawi pada PRU Ke-12 diperesmian Pesta Lundayeh dulu masih terngiang ngiang lagi dianak telinga saya. Datuk Sapawi "WAJIB" bercermin diri dulu sebelum berucap atau membuat Ucapan, Mungkin kalau Pengikut2 Datuk dan orang2 Kanan Datuk mungkin mereka nampak Pembangunan dan Ekonomi di daerah Sipitang selama 3 Panggal Datuk menjadi ADUN mereka, Tetapi bagi saya dan Rakyat Daerah Sipitang yang Kabur2 Penglihatan tidak ada melihat dan menikmati apa yang YB Datuk Sapawi boleh adakan dan ujudkan !!! Sekarang YB Datuk Sapawi sudahpun berubah Status menjadi MP @ Wakil Rakyat, Datuk Sapawi adalah seorang Pemimpin yang BERNASIB BAIK,BERFUNG SHUI dan Mempunyai ILMU PUGAI yang kuat.Sejarah Sipitang hanya 2 Panggal sahaja ADUN sudah Kalah (Kalahpun disebabkan Pengundi Hantulah) 3 Panggal (15 Tahun) menjadi ADUN N.24 Sindumin dan sekarang menjadi MP bagi Kawasan P.178 pula (Baru jalan 1 Panggal). Saya rasa Datuk selagi masih memimpin UMNO tidak akan pernah Kalah biarpun 1,000 tahun kalau Datuk Sapawi dipanjangkan Usia sampai 1,000 tahun. Apakah "PEMBANGUNAN" yang YB Datuk Sapawi Bangunkan dan Janakan dan perekonomian untuk Rakyat/Masyarakat Daerah Sipitang? Apa yang Datuk akan Agung2kan kepada Generasi Daerah SIpitang dan Lumadan? Saya merasakan YB Datuk Hanya Layak menjadi Pengarusi MUIS dan JHEIN sahaja untuk BERDAKWAH, Untuk memimpin Rakyat YB Datuk LANGSUNG tidak boleh. Kerana selama YB Datuk menjadi ADUN/MP belumpun ada "KULIMBAYANG" Pembangunan yang boleh dibanggakan lagi? Apa lagi untuk MENJANA PEREKONOMIAN di Daerah Sipitang? Jika dibandingankan di Zaman2 Batu dulu seperti di Era BERJAYA/PBS dahulunya. (Walaupun PBS hanya Kerajaan Negeri yang tidak pernah berjanji "JANJI 100 HARI" kepada Rakyat)Parti BERJAYA dibawah Kepimpinan Tuan Hj Ramli Dua membawa Kilang Kertas Termoden dan yang besar yang boleh manjana Perekonomian Rakyat sehingga kehari ini. Pemimpin2 PBS (Team S'dra Mifli dan Team Arwah Datuk Hj Jawawi Hj Isa)Membawa juga Pembangunan seperti Pasar Am Pekan Sipitang dan Sindumin, Bangunan Perpustakaan,Astaka Padang Daerah,Bangunan MDS, Masjid Kg.Pantai,Dewan Mesyarakat Sipitang dan Mesapol,Dewan Masyarakat Ulu Sipitang, Dewan masyarakat Melamam (Dewan Masyarakat Kg.Pantai dan Kg.Mendulong tergendala disebabkan tepak tidak diperolihi)dan Banyak lagi Kedai2 serta Perancangan Esplended ditepi Pantai Pekan SIpitang (Yang sekarang disambung pembangunanya oleh BN)Tidak ada langsung yang Datuk boleh Fikirkan untuk Rakyat Daerah ini. Dulunya Datuk Dr Yusuf menjadi MP banyak Pembangunan yang boleh dibawanya Seperti Jalan Pantai/Kg.Banting,Tangki Air Untuk Daerah Sipitang di Kampong Marau,Melamam dan Jalan Highway Tenom/Pantai,Dan yang terbesar adalah Pemindahan Pusat pentadbiran Daerah Ke-2 dipersisiran Pantai dipersempadanan Kuala Lawas/Kuala Mengalong (Rencangan belum terlaksana lagi)Sipitang, dan Penurapan Jalan Kampong Banyak lagi. Dulunya Datuk pernah berkata saya Hanya sebagai ADUN tidak banyak Peruntukan, Nah sekarang Datuk sudah menjadi YB MP dimana Peruntukan Datuk itu? Mau jadi PM kah Datuk cita2kan lagi baru boleh membawa Pembangunan? DiZaman PBS dulupun bukan juga PBS Kerajaan Pusat dan termampu juga membawa Pembangunan yang serba pesat ke Daerah Sipitang.Saya dan mungkin Masyarakat yang tidak Buta tidak akan menerima sebarang alasan dari YB Datuk....Fenomena Banjir besar Baru2 ini sekarangpun YB Datuk tidak boleh atasi, Banjir besar itu adalah yang terburuk pernah berlaku semenjak 80 tahun yang lalu. 2 bulan berturut turut 11hb Feb 2009 dan 12hb Mar 2009 yang baru lalu adalah Banjir terburuk pernah berlaku di Daerah Sipitang. Datuk Mau tahu apa sebabnya? System Perperitan,Anak2 Sungai Kecil di Kawasan Daerah Sipitang semenjak 15 tahun UMNO @ BN mengambil alih Kuasa tidak pernah diberikan Perhatian apatah lagi Peruntukan pembersihannya... Apakah YB Datuk akan sedar akan permasaalahan ini? Sayang sahaja pembayaran gaji ADUN/MP dari Wang "RAKYA" kita membayar gaji Anda.Apakah itu bukan termasuk "DOSA"?