Monday, October 22, 2007

Angkasawan Negara Selamat Kembali Ke Bumi


Malaysia's first space traveler Sheikh Muszaphar Shukor gestures arriving in the town of Kustanai in north-central Kazakhstan, Sunday, Oct. 21 2007, shortly after landing on board of a Soyuz spacecraft with two Russian cosmonauts. Malaysia's first space traveler and two Russian cosmonauts endured high gravitational overloads Sunday when a technical glitch sent their Soyuz spacecraft on a steeper-than-normal ride back to Earth, but they landed safely and were feeling fine, officials said. - 22 October, 2007 - Reuters

Soyuz TMA-10 keluar dari ISS kira-kira pukul 3.14 petang waktu Malaysia untuk pulang ke bumi. Kapsul Soyuz-10 yang membawa angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar bersama Komander, Fyodor Yurchikhin dan Juruterbang Penerbangan, Oleg Kotov mendarat di Arkylk, Kazakhstan, kira-kira 1,500km dari sini pada kira-kira pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia), selepas 3 jam 23 minit perjalanan dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Utusan Malaysia melaporkan “Kepulangan Muszaphar disambut dengan penuh rasa lega dan tepukan gemuruh petugas serta orang ramai yang berada di Pusat Kawalan Misi di sini, yang antaranya termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, serta Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.”

Angkasawan Negara tersebut dijangka akan berada di Moscow selama dua minggu sebelum kembali ke tanah air.

Media cetak, media elektronik dan cyberspace bloggers telah banyak memperkatakan berkaitan dengan angkasawan negara dan industri aeroangkasa Malaysia. Saya sendiri banyak mengikuti laporan-laporan berkaitan perkara tersebut yang datangnya dari pemimpin-pemimpin negara, pakar-pakar aeroangkasa dan rakyat jelata. Kalau boleh saya himpunkan apa yang saya amati sejak berkumandangnya semangat rakyat Malaysia pertama pergi ke angkasa lepas beberapa bulan yang lepas seperti berikut: -
• Pemergian Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa lepas sebagai angkasawan negara pertama sudah tentu akan tertulis di dalam lipatan sejarah negara dan akan dikenang buat selama-lamanya;

• Para saintis tempatan akan mengambil peluang semaksima yang mungkin ke atas kajian yang di buat oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di stesen ISS dengan harapan ianya akan dapat dimenafaatkan oleh manusia sejagat;

• Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah mencipta sejarah negara sebagai sumber inspirasi kepada generasi muda dan pelapis di dalam abad ini. Keadaan ini kita telah perhatikan dimana pelajar-pelajar sekolah telah mendapat tempat yang paling istimewa dimana pelajar-pelajar terpilih telah berpeluang berkomunikasi secara langsung dengan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor semasa di ISS;

• Dalam tempoh 12 bulan sekembalinya ke tanah air, saya yakin Dr. Sheikh Muszaphar Shukor adalah manusia yang paling sibuk di negara ini didalam memenuhi jemputan-jemputan ceramah dan sebagainya. Dari seorang pakar bedah ortopedik kita lihat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah mengalami transformasi kepada seorang angkasawan dan tidak lama lagi sebagai penceramah dan pakar motivasi;

• Saya yakin pihak yang berwajib, telah mengujudkan rancangan-rancangan yang mantap berkaitan halatuju industri aeroangkasa negara agar “api ” yang sedang membara ini tidak akan padam ditelan masa;

• Dari perspektif rakyat jelata pula, kejayaan Malaysia melahirkan angkasawan negara pertama telah mencetuskan pelbagai idea yang saya sendiri pun amat kagum mendengarnya. Diantara cetusan idea rakyat jelata sepertimana yang terdapat di dalam temuramah-temuramah stesen TV tempatan adalah seperti berikut: -
o Itu kerajaan mesti hantar orang ke bulan dan planet marikh selepas ini;
o Malaysia perlu ada roket sendiri, supaya kita tidak bergantung kepada negara lain unruk pergi ke angkasa lepas;
o Kalau boleh itu kerajaan hantar orang pergi angkasa lepas tiap-tiap tahun;

• Aspirasi rakyat jelata terhadap industri aeroangkasa Malaysia adalah amat tinggi dan saya yakin pihak berwajib akan menghalusi rancangan-rancangan mereka supaya industri ini akan memberi menafaat yang terbaik terhadap pembangunan negara dengan mengambil kira “tangible and intangible benefits” yang bakal diperolehi. Perkara ini telah disebut oleh TPM, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam temuramah di Moscow kelmarin.

Apa yang kita pasti d dalam tempoh 12 bulan akan datang ini, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pastinya adalah orang yang paling sibuk, dan kesinambunagn rentetan sejarah ini akan diteruskan oleh angkasawan kedua Negara iaitu Kapten Dr. Faiz Khaleed yang akan menjalani misinya pada akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011.

Sekalung penghargaan dan tahniah buat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor!!!

No comments: