Wednesday, October 24, 2007

UCAPAN TAKZIAH

Saya bagi pihak keluarga di Semenanjung ingin menyampaikan ucapan takziah kami kepada keluarga Allahyarham Zainudin bin Hj Ahmad di atas pemergian beliau kehadrat Illahi pada 23 Oktober, 2007 (malam) dan jenazah beliau akan dikebumikan pada hari ini, 24 Oktober, 2007

Firman Allah SWT yang bermaksud,

Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang mati, lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan? = Al-quran 2:28

Terimalah ianya dengan redha dan sentiasa bersabar didalam menempuhi ujian dari Allah SWT.

Al-fatihah

Kami doakan semoga Allah SWT akan mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Amin.

Nota : Allahyarham Zainudin Hj Ahmad ialah anak saudara kepada penulis.



Al-Fatihah - Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

No comments: